MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Jumaat, 12 Ogos 2022

Sakinah Mawaddah Warahmah


Selama ini, ucapan semoga sakinah mawaddah dan warahmah selalu melekat dalam setiap doa yang diberikan kepada pasangan pengantin baru. Namun, tahukah kita apa maksud Sakinah Mawaddah Warahmah ini? Biasanya, ketiga kata tersebut disingkat menjadi akronim samawa. Samawa maksudnya apa? Mari fahami bersama dalam ulasan berikut.

Khamis, 11 Ogos 2022

Kemuliaan Orang Yang Menjaga Solat


Manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh berjemaah pada awal waktu pagi, terutamanya orang lelaki. Kemudian, dia pula mengakhiri harinya dengan solat Isyak berjemaah di masjid atau pun surau dan madrasah.

Jika di laman sosial dipenuhi dengan status yang menyeru ke arah kebaikan kepada masyarakat umum namun bagaimana pula status wajib yang patut dikenaskini di dalam hati untuk menjaga solat fardhu yang Allah perintahkan?

Rabu, 10 Ogos 2022

Kita Nampak Baik Sebab Allah Tutup Aib Kita

 


ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَู†ْุชَ ุฃَุนْู„َู…ُ ู…ِู†ِّู‰ ุจِู†َูْุณِู‰ ูˆَุฃَู†َุง ุฃَุนْู„َู…ُ ุจِู†َูْุณِู‰ ู…ِู†ْู‡ُู…ْ ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุฌْุนَู„ْู†ِู‰ ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู…َّุง ูŠَุธُู†ُّูˆْู†َ ูˆَุงุบْูِุฑْ ู„ِู‰ ู…َุง ู„ุงَ ูŠَุนْู„َู…ُูˆْู†َ ูˆَู„ุงَ ุชُุคَุงุฎِุฐْู†ِู‰ ุจِู…َุง ูŠَู‚ُูˆْู„ُูˆْู†

“Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka." (H.R. al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876. Lihat Jรขmi’ul Ahรขdits, Jalaluddin As-Suyuthi, 25/145, Asy Syamilah).

Selasa, 9 Ogos 2022

15 Manfaat Sedekah Selain Membentengi Diri Dari Musibah

 

Mengetahui apa saja manfaat sedekah dalam Islam dapat membuat seseorang lebih bersemangat melakukan amalan baik ini. Sedekah merupakan perbuatan memberi kepada orang lain secara sukarela tanpa melihat jumlah dan waktu. Tidak hanya mendatangkan segudang pahala, tetapi keberkatan hidup dan keredhaan Allah SWT juga dicari.

Isnin, 8 Ogos 2022

Hari Asyura (10 Muharram), Antara Kebenaran Dan Kesesatan


Saban tahun apabila menjelang bulan Muharram, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan. Apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharram?

Jika mengimbau kembali puluhan tahun yang lalu, sudah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia apabila tibanya 10 Muharram, maka kebanyakan dari Ahli Jawatankuasa masjid dan surau bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyediakan juadah khusus yang memang terkenal iaitu Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.

Itulah antara adat atau tradisi yang baik yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia bahkan tradisi ini masih wujud sehingga ke hari ini disamping melakukan amal ibadah khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu berpuasa.

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...