ุงَُّูููู
َّ ุฃَْูุชَ ุฃَุนَْูู
ُ ู
ِِّูู ุจَِْููุณِู َูุฃََูุง ุฃَุนَْูู
ُ ุจَِْููุณِู ู
ُِْููู
ْ ุงَُّูููู
َّ ุงุฌْุนَِْููู ุฎَْูุฑًุง ู
ِู
َّุง َูุธَُُّْููู َูุงุบِْูุฑْ ِูู ู
َุง ูุงَ َูุนَْูู
َُْูู َููุงَ ุชُุคَุงุฎِุฐِْูู ุจِู
َุง َُُْْูููููู
“Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka." (H.R. al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876. Lihat Jรขmi’ul Ahรขdits, Jalaluddin As-Suyuthi, 25/145, Asy Syamilah).
Tiada manusia di dunia ini yang luput daripada kesalahan dan kekhilafan. Mari kita mengingat kembali kisah Nabi Adam beserta Hawa yang memakan buah khuldi, padahal Allah telah melarangnya. Nabi Yunus sengaja meninggalkan kaumnya kerana setelah 33 tahun lamanya berdakwah, tetapi hanya 2 orang saja yang mendengarkan seruannya. Nabi Musa yang tidak sengaja membunuh orang kerana pukulannya. Tentu saja para nabi yang mulia ini bersegera meminta ampun kepada Allah. Taubat Nabi Adam dan Hawa terakam pada ayat 23 surah al-‘Araf, taubat Nabi Yunus pada ayat 87 surah al-Anbiya, dan taubat Nabi Musa pada ayat 15-16 surah al-Qashash.
Mari kita renungkan salah satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap anak adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat.” (H.R. At Tirmidzi). Hadith ini menjelaskan kepada kita, bahawa sebaiknya orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat, iaitu orang yang berjanji pada Allah dan dirinya sendiri untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Suatu ketika penulis pernah berbincang dengan seorang kawan dan dia menceritakan betapa orang lain memandangnya sangat baik. Dia sangat dihormati dan seringkali diminta pendapat. Padahal dia menyedari bahawa dia pun tidak luput dari kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini merupakan aib baginya. Sesungguhnya, jika mereka tahu semua aib-aib tersebut, nescaya mereka akan membencinya dan merendahkannya. Lalu kemudian dia bertanya kepada penulis, apakah sebenarnya kita baik kerana kita telah berbuat baik, ataukah kerana Allah sampai saat ini masih menutup aib-aib kita? Berpandu daripada percakapan di atas, tentu saja kita sepatutnya bersyukur, kerana sampai saat ini Allah masih menutup seluruh kesalahan-kesalahan kita daripada orang lain. Adalah sangat mudah bagi Allah untuk membongkar segala aib yang kita, jika Allah berkehendak. Juga sangat mudah bagi Allah membalikkan posisi seseorang yang awalnya dipuja-puja, akan tetapi kerana aib tersebut dia pun menjadi orang yang direndah dan dihinakan.
Pengertian Aib
Menurut al-Fairuz Abadzi dalam Al-Qamus al-Muhith, secara bahasa, aib ุงูุนูุจ)) dapat didefinisikan sebagai cacat atau kekurangan. Bentuk jama’nya adalah uyub. Adapun sesuatu yang memiliki aib, dalam bahasa arab di sebut ma’ib. Dalam Kitab ad-Dur al-Mukhtar, Al-Hasfaki menyampaikan bahwa sebahagian ulama mazhab Hanafi menjelaskan aib dengan pengertian: “Suatu bahagian yang tidak ada dari asal penciptaanya dan hal itu dianggap sebagai bentuk kekurangan”
Maka aib dapat diertikan sesuatu cela atau kondisi seseorang dilihat dari sisi keburukannya, atau hal yang tidak baik tentangnya. Seringkali kita mendengar suatu informasi daripada orang lain lalu menjadikan hati kita merasa tidak tenang, maka hal ini dapat disebut sebagai aib. Aib dapat berupa peristiwa, keadaan, atau suatu deskripsi. Acapkali aib sendiri maupun orang lain tersebut secara tidak sedar kita sebarkan. Lebih parahnya lagi jika aib tersebut disebarkan secara sedar.
Memang pada dasarnya terdapat orang-orang yang diketahui tidak pernah sekalipun berbuat maksiat. Jika didapati dia tergelincir dalam kesalahan, maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah, kesalahan tersebut tidak disingkapkan ketika itu juga. Bahkan Allah juga memberikan unjuran kepada orang-orang yang mengetahuinya untuk tidak menyingkap dan menceritakannya. Inilah cara Allah menjaga kehormatan hamba-Nya! Entah kesalahan itu disengaja maupun tidak disengajakan. Adapun orang-orang yang menceritakan hal yang tidak baik dari saudaranya termasuk pada kategori ghibah. Perbuatan ini sangat dibenci oleh Allah. Dalam firman-Nya, “Sesungguhnya orang-orang yang menyenangi tersebarnya perbuatan keji di kalangan orang-orang beriman, mereka memperoleh azab yang pedih di dunia dan di akhirat” (Q.S. an-Nรปr [24]: 19)
Aib merupakan sesuatu yang diistilahkan buruk, tidak terpuji, dan negatif. Aib adalah suatu cela atau kondisi yang tidak baik tentang seseorang jika diketahui oleh orang lain akan membuat rasa malu, dan rasa malu ini membawa kepada efek psikologi yang negatif jika tersebar. Manusia tidak dapat lari dengan menutup diri terhadap kekurangannya. Manusia harus berintrospeksi dan menghisab diri sendiri untuk memperbaikinya. Umar Ibnu Khatab berpesan, “Hisablah dirimu sebelum diri kamu sendiri dihisab, dan timbanglah amal perbuatanmu sebelum perbuatanmu ditimbang.”
Muliamu (Mungkin) Bukan kerana Kebaikanmu
Seringkali kita meyakini baahwa segala kemuliaan yang kita miliki ini berasal dari usaha kita sendiri. Kita lupa bahwa ada Allah lah yang terus menutupi segala aib kita di hadapan manusia. Kita tidak sedar akan tersebut, sehingga membuat kita menjadi lupa diri. Ingatlah wahai saudaraku! Mulia yang kau punya ini boleh jadi bukan kerana kebaikanmu. Kebaikan yang kita lakukan adalah sesuatu yang memang senyatanya harus diamalkan selama hidup kita. Allah menjanjikan syurga-Nya kelak bagi orang-orang yang selalu melakukan kebajikan selama hidupnya.
Wahai saudaraku, ingatlah bahwa diri kita ini penuh dengan kekurangan, aib, cacat, dan cela. Tentu saja jika mahu dibandingkan dengan para Nabi yang juga pernah melakukan kesalahan, maka posisi kita mungkin jauh daripada kemuliaan mereka. Maka jangan pernah terbit di hati kita kata sombong dengan segala kemuliaan ini, baik harta, jabatan, tahta dan yang lainnya. Muhamad bin Wรขsi’ berkata, “Seandainya dosa-dosa itu ada baunya maka tidak seorangpun yang mau duduk bersamaku.”
Oleh kerana itulah, jangan pernah ujub dengan amalan kita. Jangan pernah terpedaya dengan pujian yang diberikan. Jangan pernah riyak dengan kebajikan yang dipebuat. Kerana semua itu tidak akan berguna, jika satu aib saja diungkap oleh Allah. Yakinlah, semua pujian tersebut akan berubah menjadi celaan. Kita akan terduduk, tertiarap. Kita juga akan malu, semalu-malunya. Kita juga akan merasa hina, sehina-hinanya. Seperti tidak ada lagi tempat tersedia untuk menerima kita. Bukankah kita sering mendengar peribahasa berbunyi “Hujan sehari menghapus kemarau setahun”, atau peribahasa yang lain, “Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”. Saya yakin bahawa pembaca yang budiman faham maksud dan erti dari kedua peribahasa tersebut.
Sehubungan itu, teringat dengan salah satu ceramah daripada Ustaz Salim A. Fillah, yang bercerita mengenai Nabi Yusuf. Saat itu beliau bertanya kepada jemaah, “Siapa nama perempuan yang menggoda Nabi Yusuf? "Zulaikha” jawab jemaah serentak. Lalu Ustaz kembali bertanya, “Dari mana kalian tahu bahawa nama perempuan itu adalah Zulaikha? Sedangkan Allah tidak ada sama sekali menyebutnya dalam al-Quran?” Seketika itu juga riuhlah ruangan oleh suara para jemaah yang bertanya satu sama lain. Hingga sebahagian menjawab pertanyaan tersebut, “Dari hadith, Ustaz.” Ustaz bertanya lagi, “Cuba anda fikirkan, mengapa Allah tidak menyebut nama Zulaikha di dalam Al-Quran?” Kali ini semua jemaah terdiam. Maka Ustaz Salim A. Fillah tersenyum dan melanjutkan penjelasannya, “Kerana perempuan ini (Zulaikha) masih memiliki rasa malu. Apa buktinya dia masih memiliki rasa malu? Dia menutup tirai sebelum menggoda Yusuf. Dia malu dan tidak ingin ada orang lain yang tahu tentang perbuatannya.”
Lihatlah! Allah menutupi aib orang-orang yang masih memiliki rasa malu di hatinya, dengan tidak menyebut namanya di dalam al-Quran. Subhanallah! Maka perhatikanlah diri kita, mungkin kerana masih memiliki rasa malu, maka Allah tidak membuka identiti kita. Mungkin tidak hanya sekali, namun berulang-ulang kali Allah telah menutup dosa-dosa kita.
Maka, pertanyaan-pertanyaan ini seharusnya kita tanyakan pada diri kita sendiri. Apakah kita nampak baik di hadapan orang lain? Apakah semua itu kerana begitu banyaknya kebaikan yang kita lakukan? Atau kerana Allah telah menutup aib kita?
Akhir kalam, ini adalah doa yang biasanya dibaca Rasulullah SAW pada pagi dan petang, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar :
ุงَُّูููู
َّ ุฅِِّูู ุฃَุณْุฃََُูู ุงْูุนَุงَِููุฉَ ِูู ุงูุฏَُّْููุง َูุงูุขุฎِุฑَุฉِ ุงَُّูููู
َّ ุฅِِّูู ุฃَุณْุฃََُูู ุงْูุนََْูู َูุงْูุนَุงَِููุฉَ ِูู ุฏِِููู َูุฏَُْููุงَู َูุฃَِْููู َูู
َุงِูู ุงَُّูููู
َّ ุงุณْุชُุฑْ ุนَْูุฑَุชِู
“Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepada Mu ‘Afiyah di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada Mu ‘‘Afwaa dan ‘Afiyah pada urusan agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah tutupilah auratku (aib-aibku).”
Atau dengan riwayat Ibnu Majah dengan tambahan, iaitu :
ุงَُّูููู
َّ ุงุณุชُุฑ ุนَْูุฑَุงุชู ، ูุขู
ِْู ุฑَْูุนَุงุชู ، ุงَّูููู
َّ ุงุญูุธูู ู
ู ุจَِูู َูุฏََّู ูู
ِู ุฎَْููู ، َูุนู َูู
ููู ، ูุนู ุดِู
ุงูู ، ูู
ِู َูููู، ูุฃุนُูุฐُ ุจِุนَุธَู
َุชَِู ุฃْู ุฃُุบْุชَุงَู ู
ِْู ุชَุญุชู
“Ya Allah tutuplah auratku (aib-aibku), tenangkanlah aku dari rasa takutku. Ya Allah jagalah aku dari arah depan dan belakangku, arah kanan dan kiriku, serta dari arah bawahku. Aku berlindung dengan kebesaran Mu agar aku tidak dihancurkan dari arah bawahku.”
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Allahumma Amin.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan