MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Selasa, 9 Ogos 2022

15 Manfaat Sedekah Selain Membentengi Diri Dari Musibah

 

Mengetahui apa saja manfaat sedekah dalam Islam dapat membuat seseorang lebih bersemangat melakukan amalan baik ini. Sedekah merupakan perbuatan memberi kepada orang lain secara sukarela tanpa melihat jumlah dan waktu. Tidak hanya mendatangkan segudang pahala, tetapi keberkatan hidup dan keredhaan Allah SWT juga dicari.

Sedekah adalah harta atau bukan harta yang dikeluarkan oleh seseorang atau badan usaha di luar zakat untuk kemaslahatan umum. Mengenai manfaat sedekah dalam Islam dijelaskan oleh Allah SWT dalam surat Al-Baqarah ayat 245:

“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” (QS. Al-Baqarah: 245).

Sedekah adalah amalan yang sangat dicintai Allah SWT. Itulah sebab mengapa manfaat sedekah dalam Islam memberikan impak yang tak main-main, Allah menjamin terkabulnya segala permintaan yang rajin bersedekah. Segala keutamaan sedekah dalam Islam ditegaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 271:

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahgian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Berikut 15 rangkuman berkenaan manfaat sedekah dalam Islam dan dalilnya dari pelbagai sumber :

1. Melipatgandakan Pahala

Manfaat sedekah dalam Islam akan memberikan banyak keistimewaan kepada para pelakunya, salah satunya ialah Allah SWT akan memberikan pahala yang berlipat kali ganda bagi orang yang bersedekah.

“Sesunggunya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka, dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Q.S. A-l-Hadid ayat 18).

2. Melipatgandakan Harta

Dalam sebuah hadith dijelaskan manfaat sedekah dalam Islam dapat melipatgandakan harta. Bersedekah tidak akan mengurangi harta yang dimiliki. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam: “Sedekah tidaklah mengurangi harta.” (HR Muslim).

Meskipun secara zahir harta terlihat berkurangan kerana sedekah, namun kekurangan tersebut akan ditutupi dengan pahala di sisi Allah SWT dan akan terus bertambah kelipatannya menjadi lebih banyak.

Allah SWT menjanjikan manfaat sedekah dalam Islam tersebut sesuai dengan firman-Nya dalam Al-Quran surah Saba’ yang bermaksud:

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki sebaik-baiknya.” (Q.S. Saba ayat 39).

3. Menghapus Dosa

Manfaat sedekah dalam Islam adalah dapat menghapus dosa. Sebagai manusia yang pasti selalu diliputi dosa-dosa, umat Islam senantiasa diberikan jalan untuk berkesempatan menghapus dosa-dosanya melalui sedekah.

Sedekah adalah ibadah yang istimewa kerana dengan melakukannya dapat menghapus dosa-dosa. Rasulullah SAW bersabda:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi).

4. Menyembuhkan Penyakit

Rasulullah SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam, “Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (HR. Ath-Thabrani).

Dari manfaat sedekah dalam Islam ini bererti dengan melakukan sesuatu hal yang positif, seperti bersedekah, maka akan meningkatkan sistem imun (kekebalan tubuh). Sehingga tubuh lebih kuat menghadapi penyakit.

5. Memberi Naungan di Hari Kiamat

Diriwayatkan dalam hadis riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam, "Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya." Dengan banyaknya keuntungan yang didapatkan melalui sedekah, umat Islam dianjurkan untuk gemar bersedekah apalagi di bulan Ramadhan.

6. Menciptakan Kebahagiaan

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh seorang profesor University of Oregon dan pasukannya menemukan bahawa manfaat sedekah mampu menciptakan rasa bahagia kerana otak melepaskan dopamin dan endorfin sehingga diri sendiri merasa lebih gembira. Penelitian dari Jerman juga menemukan manfaat sedekah menciptakan rasa puas dan bangga terhadap diri sendiri kerana diri anda sendiri mengetahui telah melakukan hal yang baik dan berguna untuk orang lain.

7. Menguatkan Tali Silaturrahim

Berbagi dengan cara sedekah akan menguatkan ikatan sosial sesama kita. Diri ini tidak pernah tahu seberapa besar kita memerlukan bantuan orang lain kelak. Manfaat sedekah dalam Islam akan membuat dirimu menambah keluarga, teman baru atau kerabat baru. Tidak menutup kemungkinan, mereka akan membantumu suatu saat.

8. Menyembuhkan Penyakit

Rasulullah SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam, “Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (HR. Ath-Thabrani).

Dengan melakukan sesuatu hal yang positif, seperti bersedekah, maka akan meningkatkan sistem imun (kekebalan tubuh) sehingga tubuh lebih kuat menghadapi penyakit.

9. Memperpanjang Warisan

Dalam hadith riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam, "Tidaklah seorang yang bersedekah dengan baik kecuali Allah memelihara kelangsungan warisannya."

Rasulullah SAW bersabda dalam hadith riwayat Al-Baihaqi, “Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.”

10. Menghindarkan Musibah

Manfaat sedekah dalam Islam adalah sebagai penolak bala, penyubur pahala, menahan musibah dan kejahatan serta rezeki yang dilipat gandakan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam, “Bersegeralah untuk bersedekah kerana musibah dan bencana itu tidak dapat mendahului sedekah.”

Nabi SAW bersabda, “Asshodaqotu tasuddu sab’iina baaban minas suu-i” bermaksud: “Shodaqoh itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan.”

11. Mendatangkan Keberkatan

Manfaat sedekah dalam Islam dikatakan dapat membersihkan harta sehingga mendatangkan barokah. Sebagaimana yang dicatatkan dalam firman Allah SWT, “Ambillah (sebagian) dari harta menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan harta itu (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." (QS at-Taubah [9]: 103).

12. Diri Akan Selalu Bersyukur

Bersedekah secara zahirnya akan mengingatkan siapa pun untuk bersyukur, baik yang memberi sedekah maupun yang menerima sedekah. Pemberi sedekah akan menyedari manfaat sedekah dalam Islam, bahawa dirinya telah diberikan lebih banyak rezeki sehingga patut mensyukuri kecukupan harta dan keadaannya saat ini.

13. Memudahkan Jalan ke Syurga

Dari Ali RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam:

"Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya.” Lantas seorang arab badwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabi SAW menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan sholat pada malam hari di waktu manusia sedang nyenyak tidur.” (HR. Tirmidzi)

14. Mendapat Keredhaan Allah SWT

Ibnu Rajab Al-Hambali Rahimahullah menyatakan tentang manfaat sedekah dalam Islam:

"Puasa, sholat dan sedekah menghantarkan orang yang mengamalkannya pada Allah. Sebahgian salaf sampai berkata, sholat menghantarkan seseorang pada separuh jalan. Puasa menghantarkannya pada pintu raja. Sedekah nantinya akan mengambilnya dan menghantarnya pada raja." (Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 298).

15. Dikabulkan Permintaannya

Bersedekah yang diiringi doa dapat membantu terkabulnya permintaan, memudah dan dilimpahi rezeki, mengangkat penyakit, hingga memudahkan segala urusan.

Rasulullah SAW bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam:

"Setiap awal pagi saat matahari terbit, Allah menurunkan dua malaikat ke bumi. Lalu salah satu berkata, 'Ya Allah, berilah kurnia orang yang menginfakkan hartanya. Ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah'. Malaikat yang satu lagi berkata, 'Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil." (HR. Bukhari dan Muslin, dari Abu Hurairah).

Dari hadith tersebut, barangsiapa yang memutuskan untuk memberikan hartanya, maka akan didoakan oleh malaikat agar ditambah rezekinya lagi berkat. Sedangkan mereka yang enggan, maka akan didoakan agar ditahan pula rezekinya.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...