MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Sejarah Masjid

Masjid yang dibina atas usaha penduduk kampung pada tahun 1950. Dinaiktaraf pada tahun 2005 dan seterusnya pada tahun 2006 diiktiraf sebagai sebuah Masjid Warisan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Kini tahun 2022, Masjid Warisan Kariah Geylang sudah pun berusia 72 tahun.

[Gambar diambil pada Khamis 9hb April 2009].


1hb Ogos 2020 adalah tarikh peralihan tugasan tanggungjawab 3 jawatan teratas (Pengerusi, Setiausaha, Bendahari) yang baru apabila dilantik menggantikan individu 3 jawatan teratas pentadbiran lama yang meletak jawatan.

Bermulanya transformasi Masjid Warisan Kariah Geylang menaik-taraf beberapa fasiliti dan penambahan prasarana lain demi untuk kemudahan dan keselesaan para jemaah sepanjang berada di masjid.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsi mengikut turutan tarikh peristiwa :

[Mesyuarat pertama pentadbiran baru, Ahad 9hb Ogos 2020].

[Projek InfoTv Masjid siap dipasang dan berfungsi sepenuhnya, Isnin 17hb Ogos 2020].

[Pemasangan CCTV masjid yang canggih, Sabtu 29hb Ogos, 2020].

[Kerja-kerja membina tembok dan memasang papan tanda nama masjid, Sabtu 3hb Oktober 2020].

[Projek pengindahan landskap masjid, Ahad 4hb Oktober 2020].

[Masjid Warisan Kariah Geylang terpilih bersama 2 masjid di daerah Jelebu
(Masjid Jamek Simpang Durian dan Masjid Kariah Kampai) dalam pemilihan
Program Standard Penarafan Masjid Malaysia anjuran JAKIM peringkat Kebangsaan.
Sesi fotografi bersama Ahli Panel Penilai, Isnin 5hb Oktober 2020.].

[Mesin penapis air minuman Cuckoo bernilai RM4500 (sumbangan individu)
dipasang Khamis 8hb Oktober 2020].

[Menaik-taraf sistem PA masjid, Jumaat 16hb Oktober 2020].

[Memasang papan tazkirah masjid pada Sabtu 17hb Oktober 2020].

[Bermulanya Projek Food Bank Gerobok Jalal masjid, Sabtu  24hb Oktober 2020].

[Pemasangan lampu pagar solar auto on off di tiang-tiang tembok pagar masjid
Rabu 28hb Oktober 2020].

[Pegawai masjid merasmikan pemakaian Jubah Rasmi Masjid bermula Jumaat 4hb Disember 2020].

[Kemudahan kerusi dan meja banquet yang lebih selesa disediakan untuk Pengajian Kelas Takmir
bermula Jumaat 18hb Disember 2020].

[T-shirt Geng Masjid menggambarkan keseragaman dan kesepakatan bersama].

[Proses mengambil ukurlilit kubah untuk digantikan dengan kubah baru
Jumaat 4hb Disember 2020].

[Sedang memasang kubah baru, Selasa 2hb Februari 2021].

[Kubah lama yang telah diturunkan dan menaikkan kubah baru, Rabu 3hb Februari 2021].

[Tandas dan bilik air baru yang lebih luas dan selesa siap sepenuhnya Selasa 2hb Februari 2021].

[AJK dan Pegawai Masjid bersama sebahagian JK Biro Masjid, Ahad 1hb Ogos 2021].

[Bilik pengurusan jenazah yang lengkap (mandi dan kafan) siap sepenuhnya
Jumaat 1hb Oktober 2021].

[Tempat wudhu tambahan 6 unit kepala paip siap Jumaat 1hb Oktober 2021].

[VIDEO - Projek Telaga Boring mencari sumber air bawah tanah, Rabu 5hb Januari 2022].

[Keselesaan jemaah dengan kemudahan kerusi kuliah dan rehal kayu. Gambar diambil semasa
Pengajian Kuliah Maghrib Ustaz Hj Mohamad Esa, Rabu 19hb Januari 2022].

[Pegawai masjid merasmikan pemakaian Jubah Rasmi Kedua bermula Jumaat 4hb Februari 2022].

[Pemandangan luar hadapan masjid dengan tembok tanda nama masjid dan kubah baru].

[Ruang solat utama masjid].




Ruang solat utama dan ruang solat limpah di bahagian tepi dan belakang ruang solat utama keseluruhannya boleh memuatkan lebih kurang 400 orang jemaah dalam satu-satu masa sebelum wabak COVID-19 melanda dunia amnya dan Malaysia khususnya.

SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan seluruh negara bermula 18hb Mac 2020.

Dengan SOP masjid penjarakkan semasa solat, hanya boleh memuatkan lebih kurang 140 orang jemaah sahaja.

Walaupun dalam situasi kengkangan PKP sepanjang 2 tahun ini (Mac 2020 - Mac 2022), kami pihak Pentadbiran beserta AJK/JK Biro dan Pegawai Masjid Warisan Kariah Geylang terus berusaha sedayanya agar masjid ini terus diimarahkan ahli kariah dan projek seterusnya adalah Projek Pembesaran Ruang Solat Muslimah (PPRSM).

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam.

NOTA :
Kami, Pentadbir Masjid, JK dan Pegawai Masjid dan juga ahli kariah Kg Geylang mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan infaq yang Tan Sri/Puan Sri/Dato' Seri/YB/Tuan/Puan/Encik/Cik hulurkan kepada masjid kami dan sekaligus memberi manfaat kemudahan dan keselesaan kepada para jemaah yang hadir mengimarahkan masjid. Semoga dengannya menjadi asbab sedekah jariah pahala yang berterusan kepada para penyumbang.

Amalan Kekal Selepas Kematian :



Maksudnya :

Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Riwayat Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.

Diceritakan bahawa apabila seseorang yang banyak dosa meninggal dunia, dan amalannya tidak mencukupi untuk menyelamatkannya di akhirat kelak, dia merayu kepada Allah agar diberi masa dan dikembalikan semula ke dunia hanya untuk bersedekah.

Mereka merayu dengan berkata, firman Allah SWT yang bermaksud : 

“…Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.

(Surah Al-Munafiqun ayat 10)

Mereka tidak meminta diberi masa untuk melaksanakan solat, puasa, membayar zakat, melakukan ibadah haji dan lain-lain tetapi hanya hendak bersedekah.

Shadaqallahul-'adzim' (ุตَุฏَู‚َ ุงู„ู„ู‡ُ ุงْู„ุนَุธِูŠْู…ُ) - "Maha benarlah Allah yang Maha Agung".

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah.....semakin cantik

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... semoga yg terlibat memperoleh ganjaran pahala yg berganda-ganda..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Semoga mendapat Baroqah dari Allah kpd semua yg terlibat samada secara langsung atau tdk langsung & sama-sama kita mengimarahkn masjid kita yg cantik ini. Aamiin

    BalasPadam

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...