MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? 🕌 #mardhatillah #sayangimasjidkita💖 #kitajagakita🤝#mohkomosojid 🚶🚲🛵🚗...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Semak Tarikh Lahir Hijrah

SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM
(Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah Online)

Sekiranya anda ingin mengetahui tarikh lahir dan umur sebenar anda dalam kiraan kalendar Islam, anda boleh membuat semakan secara online sahaja. Versi baru kiraan ini memberikan tarikh lahir Islam, hari anda dilahirkan dan umur dalam kalendar Islam.

Bagaimana cara untuk membuat semakan tarikh lahir kalendar Islam?

Di sini saya kongsikan caranya dengan hanya perlu memasukkan maklumat tarikh lahir anda dalam haribulan Masihi, kemudian kalkulator Miladi JAKIM ini akan membuat kiraan untuk anda, semoga membantu.


APA ITU KALENDAR ISLAM / TAKWIM HIJRAH

Takwim Hijrah (Bahasa Arab: التقويم الهجري at-taqwīm al-hijrī) atau tahun Hijriah merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam yang bermula dari tahun 622 AD untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Pada tahun itu, Nabi Muhammad SAW dan pengikut baginda berpindah dari Mekah ke Yathrib (sekarang Madinah). Peristiwa ini, yang dikenali sebagai Hijrah, diperingati dalam Islam kerana peranannya dalam penubuhan masyarakat Islam pertama (ummah).

Di Barat, tahun ini paling sering dilambangkan sebagai AH (Latin: Anno Hegirae / ænoʊ hɛdʒɪriː /, “pada tahun Hijrah”) selari dengan tahun Kristian (AD) dan Yahudi (AM). Di negara-negara Islam, ia juga disingkat H (“Hijrah”) dari singkatan Arab hā’ (ه). Tahun-tahun sebelum AH 1 diperhitungkan dalam Bahasa Inggeris sebagai BH (“Sebelum Hijrah”).

Disebabkan kalendar qamari Islam hanya mempunyai 354 atau 355 hari dalam tahunnya, ia perlahan berputar dalam tahun Gregorian. Tahun 2018 AD bersesuaian dengan tahun-tahun Islam 1439 – 1440 H.


CARA SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM

Anda boleh membuat semakan tarikh lahir kalendar Islam Jakim seperti berikut :

Layari laman sesawang Kalkulator Umur Miladi JAKIM ☞ klik SINI

Masukkan tarikh lahir anda dalam haribulan Masihi.

Klik Tukar.

Selesai → paparan akan menunjukkan tarikh hari lahir anda dalam bulan Islam atau Takwim Hijrah.

Contoh: Sekiranya tarikh lahir anda 7 Julai 1961, setelah ditukar tarikh kelahiran bulan Islam adalah 23 Muharram 1381H Hari Jumaat.

NOTA :
Kaedah Pengiraan yang digunakan adalah kaedah kiraan istilahi, terdapat kebarangkalian untuk kesilapan lebih sehari, atau kurang sehari.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...