MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Negeri Sembilan Darul Khusus

Negeri Sembilan kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang. Orang Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan penduduk. Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1 peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus.

Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat Perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri Sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan Negeri Sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.

Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luhak atau luak. Mengikut tradisinya memang sudah lama wujud empat buah daerah besar dengan setiap satu ditadbir oleh seorang pembesar yang bergelar Undang Berempat. Empat buah daerah yang asal ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol.

Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah separuh bebas yang berkaitan dengan salah satu daripada empat daerah besar ini. Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai Penghulu. Para pembesar lain di bawah Undang dan Penghulu dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut.

Lembaga merupakan ketua kepada suku-suku anggota masyarakat. Terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak biasanya mempunyai empat suku. Lembaga bertanggungiawab ke atas suku-sukunya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.

Suku masyarakat Buapak terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut. Ahli-ahli dalam sesuatu Perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak. Bilangan Buapak agak ramai dan tugasnya sama dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga yang menjadi anggota sesuatu Perut. Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja. Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan, upacara bercukur rambut, berkhatan dan penceraian.

Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.

Berikut adalah senarai kawasan atau daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai pembesar :

1. Sungai Ujong

Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kawasan pedalaman yang dikuasai oleh Datuk Kelana dan rantau tengah Sungai Linggi yang dikuasai oleh Dato' Syahbandar.

2. Sungai Linggi

Daerah kecil yang diambil dari Sungai Ujong, dikuasai oleh Datuk Muda Linggi.

3. Sungai Raya Lukut

Kedua-dua daerah ini dibuka oleh orang Bugis.

4. Rembau

Mempunyai seorang sahaja pembesar daerah, iaitu 'Undang'.

5. Tampin

Sebuah daerah yang diambil dari Rembau dan pembesarnya bergelar 'Tuanku Besar Tampin'.

6. Inas dan Gemenceh

Dua buah daerah kecil yang diambil dari Johol. Datuk Inas dan Datuk Gemencheh mengakui Undang Johol sebagai ketua besar mereka.

7. Jelebu

Mempunyai seorang sahaja pembesar daerah yang bergelar 'Undang'.

Mengikut perbilangan Adat Perpatih ‘Adat menimbulkan yang baik, menghilangkan yang buruk’. Demikian antara nilai-nilai yang ingin ditonjolkan di dalam Adat Perpatih yang berperanan sebagai satu peraturan sistematik dan berteraskan keharmonian masyarakat.

Adat Perpatih yang mula diamalkan pada kurun ke-13 itu bertujuan untuk mengurangkan konflik dan membentuk kehidupan masyarakat yang harmoni, berintegrasi dan membangun.

Adat bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat merupakan satu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat dan dipertahankan sehingga hari ini.

(Bendera Negeri Sembilan)

Warna Kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian Tiga Segi Yang Berwarna Merah bermakna rakyat, sementara Bahagian Tiga Segi Yang Berwarna Hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

(Jata Negeri Sembilan)

Sembilan Tangkai Padi di dalam perisai bermaksud sembilan buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna Merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna Hitam bermaksud Dato'-Dato' Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Warna Kuning pula bermakna Yang Di-Pertuan Besar manakala Bintang Pecah Sembilan menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama. Pedang dan Sarung di atas perisai memberi maksud Tanda Keadilan serta di tengah jata antara pedang dan sarung terletak Changgai Putri tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar.

Undang dan Tunku Besar Tampin

Antara keistimewaan yang terdapat di Negeri Sembilan adalah wujudnya institusi Undang di dalam sistem pentadbiran negeri. Undang adalah ketua kepada Luak atau unit kawasan pentadbiran dari segi adat yang terbahagi kepada empat luak yang utama iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.

Y.T.M DATO' KLANA PETRA
DATO' HAJI MUBARAK BIN DOHAK

UNDANG LUAK SG. UJONG

DTNS, PPT, ANS, PMC, PJK, PKL

Y.T.M DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRULZAMAN
DATO' HAJI MAAROF BIN HAJI MAT RASHAD

UNDANG LUAK JELEBU

DTNS, PPT, ANS, PMC, PJK, PKL

Y.T.M DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN
DATO' MUHAMMAD BIN HAJI ABDULLAH

UNDANG LUAK JOHOL

DTNS, ANS, PMC, PJK, PKL

Y.T.M DATO' LELA MAHARAJA
DATO' HAJI MUHAMAD SHARIP BIN HAJI OTHMAN

UNDANG LUAK REMBAU

DTNS, PPT, ANS, PMC, PJK, PKL

Y.T.M. TUNKU SYED RAZMAN BIN TUNKU SYED IDRUS AL-QADRI
TUNKU BESAR TAMPIN

DTNS, PPT, JP, ANS, PMC, PJK, PKL, PHF

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...