Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Firman Allah SWT :
َูู
َู َُููุงุฌِุฑْ ِูู ุณَุจِِูู ุงَِّูููู َูุฌِุฏْ ِูู ุงْูุฃَุฑْุถِ ู
ُุฑَุงุบَู
ًุง َูุซِูุฑًุง َูุณَุนَุฉً
Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur."
[Surah an-Nisa’ : ayat 100]
Tarikh keramat kalendar dunia Islam dengan peristiwa Hijratur Rasul SAW bersama kaum muslimin atas perintah Allah SWT ini disambut saban tahun bagi memperingati bagaimana pengorbanan mereka merelakan diri untuk meninggalkan kampung halaman tercinta, harta benda, keluarga dan segalanya di Mekah dan menuju ke Madinah atas arahan Allah dan Rasul sehingga diberkahi penyatuan 2 golongan utama dalam peristiwa ini iaitu golongan Muhajirin (Mekah) dan golongan Ansar (Madinah).
َูุฃَََّูู ุจََْูู ُُูููุจِِูู
ْ ۚ َْูู ุฃََْูููุชَ ู
َุง ِูู ุงْูุฃَุฑْุถِ ุฌَู
ِูุนًุง ู
َّุง ุฃََّْููุชَ ุจََْูู ُُูููุจِِูู
ْ َََِّٰูููู ุงََّููู ุฃَََّูู ุจََُْูููู
ْ ۚ ุฅَُِّูู ุนَุฒِูุฒٌ ุญَِููู
ٌ
Maksudnya : "Dan yang telah menyatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah lah yang telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
[Surah Al-Anfaal : ayat 63]
Peristiwa hijrah Nabi SAW ke kota Madinah ini juga merupakan satu peristiwa yang penting kerana bermula dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia.
Di dalam al-Quran , diceritakan oleh Allah SWT berkaitan peristiwa yang agung ini.
ุฅَِّูุง ุชَูุตُุฑُُูู ََููุฏْ َูุตَุฑَُู ุงَُّูููู ุฅِุฐْ ุฃَุฎْุฑَุฌَُู ุงَّูุฐَِูู ََููุฑُูุง ุซَุงَِูู ุงุซَِْْููู ุฅِุฐْ ُูู
َุง ِูู ุงْูุบَุงุฑِ ุฅِุฐْ َُُูููู ِูุตَุงุญِุจِِู َูุง ุชَุญْุฒَْู ุฅَِّู ุงََّูููู ู
َุนََูุง ۖ َูุฃَูุฒََู ุงَُّูููู ุณََِูููุชَُู ุนََِْููู َูุฃََّูุฏَُู ุจِุฌُُููุฏٍ َّูู
ْ ุชَุฑََْููุง َูุฌَุนََู َِููู
َุฉَ ุงَّูุฐَِูู ََููุฑُูุง ุงูุณَُّْٰููู ۗ ََِูููู
َุฉُ ุงَِّูููู َِูู ุงْูุนَُْููุง ۗ َูุงَُّูููู ุนَุฒِูุฒٌ ุญَِููู
ٌ
Maksudnya : “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua. Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
[Surah At-Taubah : ayat 40]
Bermula dengan perancangan pembunuhan oleh kafir Quraisy terhadap Rasul mulia SAW sehinggalah peristiwa dikejar, bersembunyi di Gua Thur yang mempunyai kisah yang sangat menarik, sehinggalah kepada berlakunya hijrah kedua secara beramai-ramai oleh kaum muslimin dan berlaku penyatuan persaudaraan di Madinah.
Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1445H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun 1444H dan memulakan permulaan tahun baru 1445H ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun yang dikongsikan oleh JAKIM seperti di bawah.
Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naungan-Nya.
"PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI"
Wallahu'alam.
Doa Akhir Tahun 1444H :
Doa Awal Tahun 1445H :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan