As-Salam adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang mulia. As-Salam membawa maksud Yang Maha Pemberi Selamat atau Maha Penyelamat. Maka itu ucapan Assalamu'alaikum membawa maksud keselamatan daripada Allah untuk kamu. Ia adalah satu doa daripada seorang Muslim kepada saudara Muslimnya yang lain. Ucapan salam adalah penyatu umat kerana ia dapat menimbulkan rasa mesra dan muhibbah antara saudara seIslam. Konsep salam ini tidak ada pada mana-mana agama lain di dunia ini.
Maka itu umat Islam sangatlah digalakkan memberi ucapan salam apabila :
1) Bertemu;2) Ketika masuk ke dalam rumah orang lain;
3) Ketika masuk ke dalam rumah sendiri samada ada orang atau tidak;
4) Ketika hendak memulakan majlis atau;
5) Sebelum memberi ucapan dan sebagainya.
Salam juga boleh diberi melalui tulisan.
Jawab "Assalamualaikum" dengan :
1) "Wa'alaikumsalam" atau
2) "Wa'alaikummussalam" atau
3) "Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarakaatuh".
5 salam yang tidak wajib di jawab.
1) Salam daripada orang bukan Islam.
2) Salam dalam tandas.
3) Salam ketika telah berucap.
4) Salam Imam dalam solat jemaah.
5) Salam yang dibuat gurauan.
Hukum memberi salam adalah sunat dan akan mendapat pahala. Hukum menjawab salam adalah wajib iaitu berdosa jika tidak dijawab. Apabila menjawab salam, berilah salam yang sama atau yang lebih baik.
Jawab "Assalamualaikum" dengan :
1) "Wa'alaikumsalam" atau
2) "Wa'alaikummussalam" atau
3) "Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarakaatuh".
Dalam tulisan tidak mengapa memberi salam dengan kalimah "Salam" dan dijawab juga dengan kalimah "Salam". Jika di tulis "Assalamualaikum" adalah lebih baik dibalas tulis "Wa'alaikumsalam" atau yang lebih baik lagi seperti contoh di atas.
Namun tidak semua salam wajib kita jawab. Ada 5 keadaan dimana kita tidak diwajibkan untuk menjawab salam yang diberi. Malahan ada keadaan yang boleh mendatangkan dosa jika dijawab salam itu.
5 salam yang tidak wajib di jawab.
1) Salam daripada orang bukan Islam.
Jika kita yakin orang yang memberi salam itu bukan seorang muslim, maka tidak wajib atas kita menjawab salamnya. Jika orang bukan muslim itu adalah orang yang kita kenal seperti teman kita atau jiran kita dan kita percaya dia memberi salam itu dengan niat baik sebagai tanda hormat kepada agama Islam, maka boleh kita menjawab salam itu dengan lafaz "Wa'alaikum" (untuk kamu juga). Jangan disebut salam kerana Salam adalah nama Allah. Keselamatan daripada Allah hanya untuk orang yang beriman kepada-Nya. Mereka yang tidak beriman tidak layak menerima doa keselamatan daripada Allah.
2) Salam dalam tandas.
Hukum memberi salam dan menjawab salam dalam tandas adalah haram. Berdosa bagi yang memberi salam dan yang menjawab salam itu. Nama As-Salam itu adalah nama Allah. Tidak boleh menyebut nama Allah di tempat yang kotor seperti tandas. Begitu juga tidak boleh membaca atau membawa ayat dalam bahasa Arab - Bismillah atau Bismillahir rahmanir rahiim. Keseluruhan ayat al-Qur'an tidak boleh dibaca atau dibawa tulisannya (dalam tulisan al-Qur'an) ke dalam tandas. Boleh bawa telefon bimbit yang mempunyai applikasi al-Qur'an ke dalam tandas dengan syarat apps itu dimatikan terlebih dahulu sebelum memasuki tandas.
3) Salam ketika telah berucap.
Seseorang yang hendak memberi ucapan dalam sesuatu majlis adalah sunat untuk memulakan ucapan itu dengan memberi salam kepada hadirin sebelum dimulakan isi kandungan ucapan tersebut. Hadirin wajiblah menjawab salamnya.
Jika dia memulakan ucapan dengan menyebut dahulu perkara-perkara lain kemudian baharu beri salam kepada hadirin, maka hadirin tidak lagi wajib menjawabnya. Hadirin tidak akan dihukum berdosa kerana sudah hilang sunat memberi salam. Namun hadirin tetap boleh mejawab salam itu jika suka (tidak lagi wajib).
4) Salam Imam dalam solat jemaah.
Ucapan salam seorang Imam dalam solat berjemaah tidak wajib dijawab oleh makmum kerana salam itu adalah untuk makhluk lain (Malaikat) bukan untuk para jemaah. Jemaah yang menjawab salam Imam akan terbatal solatnya kerana dikira sebagai berkata-kata dalam solat.
5) Salam yang dibuat gurauan.
As-Salam adalah nama Allah. Tidak boleh mempermainkan atau mempersendakan nama Allah. Hukumnya adalah berdosa maka tidaklah kita wajib menjawab salam yang dipersendakan. Seperti ucapan seorang lelaki yang cuba mengganggu seorang gadis, tak jawab dosa tak jawab dosa. Abaikan saja.
Ada juga ucapan salam lain yang tidak wajib dijawab. Sebagai contoh dalam tulisan, A'kum, Akum, Askm, Akom, Sekom, Semekom, Slm, Salm dan sebagainya yang sememangnya tiada maksud melainkan hanya meringkaskan dalam tulisan.
Manakala tulisan "Assamualaikum" yang bererti celaka atas kamu, maka kita tidak perlu menjawabnya tetapi jika ucapan yang kita dengar dengan pasti ucapannya "Assamualaikum", maka kita jawab dengan ucapan Wa'alaikum yang bererti ke atas kamu juga (ucapan celaka itu).
Jika hendak meringkaskan ucapan salam dalam tulisan, bolehlah menulis seperti As-Salam, Assalam atau Salam. Tulisan Salam sudah cukup ringkas tapi masih ada juga yang menulis slm, salm. Elakkan.
Begitu juga dengan ucapan salam yang tidak jelas sebutannya seperti "kommm.." (kita hanya mendengar hujung saja kom yang panjang), tidak wajib dijawab. Orang itu tiada adab dalam memberi ucapan salam yang sepatutnya.
Wallahu'alam.
#mohkomosojid
#mohkomosojid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan