Kenapa kita disarankan membaca surah al Mulk sebelum tidur? Apa kelebihan surah al Mulk ini?.
Mungkin kita selalu mendengar anjuran mengamalkan membaca surah al Mulk atau ‘Tabaraka’ sebelum tidur. Namun, tahukah kita apa sebenarnya kelebihan surah al Mulk dan apa istimewanya untuk kita membaca surah ini pada setiap malam?
Di sini dikongsikan antara kelebihan surah al Mulk ( ุงูู
ูู ) iaitu surah ke 67 dalam Al-Qur’an.
5 KELEBIHAN SURAH AL MULK DAN KENAPA KITA MEMBACANYA SEBELUM TIDUR
Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Dinamakan surah ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
RINGKASAN KANDUNGAN SURAH AL MULK
Seluruh alam yang diciptakan-Nya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya.
1. DIAMPUNKAN DOSA BAGI YANG MEMBACANYA
*Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Intisari kandungan surah Al Mulk menegaskan bahawa Allah Ta’ala yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya – untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka: Siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Kemudian digambarkan-Nya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada Hari Kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang disediakan bagi orang- orang yang kufur ingkar.
Sebaliknya, disebutkan bahawa orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Ramai antara kita yang mengamalkan surah ini setiap malam dan tak kurang juga yang telah menghafalnya.
Berikut adalah antara kelebihan surah al Mulk dan mengapa kita amat dianjurkan untuk membacanya setiap malam.
5 KEISTIMEWAAN SURAH AL MULK
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
[Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan]
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
*Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
2. SURAH AL MULK PENYELAMAT DARI AZAB KUBUR
Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam. Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
َูุง ุฑَุณَُูู ุงِููู ุฅِِّูู ุถَุฑَุจْุชُ ุฎِุจَุงุฆِู ุนََูู َูุจْุฑٍ َูุฃََูุง ูุงَ ุฃَุญْุณِุจُ ุฃََُّูู َูุจْุฑٌ ، َูุฅِุฐَุง ِِููู ุฅِْูุณَุงٌู َْููุฑَุฃُ ุณُูุฑَุฉَ ุชَุจَุงุฑََู ุงْูู
ُِْูู ุญَุชَّู ุฎَุชَู
ََูุง. ََููุงَู ุฑَุณُُูู ุงููู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ : َِูู ุงْูู
َุงِูุนَุฉُ ، َِูู ุงْูู
ُْูุฌَِูุฉُ ، ุชُْูุฌِِูู ู
ِْู ุนَุฐَุงุจِ ุงَููุจْุฑِ.
Maksudnya : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
[Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890]
3. AMALAN NABI SAW SETIAP MALAM
Daripada Jabir beliau berkata:
Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir RA bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah (surah Al Mulk dan surah As Sajdah).
Daripada Jabir beliau berkata:
ุฃََّู ุงَّููุจَِّู -ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
- َูุงَู ูุงَ ََููุงู
ُ ุญَุชَّู َْููุฑَุฃَ ุงูู
ุชَْูุฒُِูู َู ุชَุจَุงุฑََู ุงَّูุฐِู ุจَِูุฏِِู ุงْูู
ُُْูู
“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah ุชَูุฒُِูู ุงููٓ
ٓ (Surah al-Sajdah) dan ุชَุจَุงุฑََู ุงَّูุฐِู ุจَِูุฏِِู ุงْูู
ُُْูู”
[Hadis Riwayat Tirmizi]
Oleh itu sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk dan mencontohi sunnah Nabi SAW ini.
Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke syurga Allah SWT. Sabda Nabi SAW :
ุณُْูุฑَุฉٌ ู
َِู ุงُْููุฑْุขِู، ู
َุง َِูู ุฅِูุงَّ ุซَูุงَุซَُْูู ุขูุฉً، ุฎَุงุตَู
َุชْ ุนَْู ุตَุงุญِุจَِูุง ุญَุชَّู ุฃَุฏْุฎََูุชُْู ุงْูุฌََّูุฉَ، َู َِูู ุชَุจَุงุฑََู
“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah ุชَุจَุงุฑََู
[Hadis Riwayat Thabrani]
5. DIGELAR SURAH AL MANI’AH DAN AL MUNJIAH
Hebatnya kelebihan surah Al Mulk, ia juga digelar sebagai surah Al-Mani’ah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada siksa kubur dan siksa api neraka.
[Hadith Riwayat An Nasai]
JOM SAMA-SAMA KITA AMALKAN SURAH AL MULK!
Wallahu ‘alam.
Memang banyak kelebihan ayat-ayat Al Quran, di mana setiap butir huruf dan perkataannya terkandung seribu satu hikmah apabila ia dibaca, dilazimi, difahami dan ditadabbur dan diamalkan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan amalan membaca surah Al Mulk dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT mengampuni segala dosa kita, menyelamatkan kita daripada azab kubur serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman-taman syurga. Insya'Allah.
Wallahu ‘alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan