KEIMANAN merupakan dasar bagi seseorang mukmim yang diperintahkan agar menjalani kehidupan sesuai dengan apa disyariatkan dalam Islam.
Namun mempertahankan keimanan bukan suatu perkara yang mudah apatah lagi pelbagai godaan di sekeliling yang membuatkan iman seseorang itu ada pasang surutnya.
Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:
“...Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)."
(Surah Ali-'Imran: ayat 173)
Begitu juga Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
(Surah Al-Anfaal: ayat 2)
Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seorang penzina di kala ia berzina, dan tidak sempurna pula iman seorang pencuri di kala ia mencuri, dan tidak sempurna pula iman seorang pemabuk di kala ia minum khamar, sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka sesudah itu.”
(Riwayat Muslim)
Sememangnya terdapat pelbagai sebab yang mempengaruhi tingkat keimamanan seseorang. Antaranya termasuklah :
1. Ibadah Tidak Sempurna Tanpa Ilmu
Ibadah tidak akan sempurna tanpa ilmu kerana tanpanya ibadah dipandu secara membuta-tuli. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud :
“...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”
(Surah Al-Faatir: ayat 28)
2. Khusyuk
Iaitu kelembutan hati, penumpuan hati dan diri sepenuhnya terhadap sesuatu. Banyak cara bagi mendapatkan khusyuk dalam ibadah dan hasilnya akan menerbitkan kemanisan dalam beribadah yang pasti sukar untuk ditinggalkan.
Oleh itu, Allah SWT menjanjikan orang yang khusyuk adalah orang yang berjaya sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”
(Surah Al-Mu'minun: ayat 1-2)
3. Bergaul dan Berdampinglah Dengan Orang Yang Baik-baik Khususnya Para Alim (Orang Berilmu)
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Seseorang itu terletak pada agama rakannya, sehingga masing-masing kamu sebaiknya melihat kepada siapa dia mengambil rakannya.”
(Riwayat at-Tirmidzi)
4. Lakukan Ibadah Mengikut Kemampuan Kita
Jangan terlalu berlebihan sehingga melahirkan rasa bosan dan membebankan. Dua rakaat sunat Tahajud yang rutin kita kerjakan setiap malam, lebih baik daripada 1,000 rakaat yang kita lakukan sekali sahaja seumur hidup.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Wahai manusia, ambillah amalan yang kamu mampu lakukannya (dengan rutin). Sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu jemu. Dan amalan yang paling Allah cintai adalah apa yang dilakukan dengan istiqomah, meskipun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari)
5. Sentiasalah Berdoa Kepada Allah SWT
Jangan pernah merasa cukup atas ibadah dan kebaikan yang kita lakukan. Sentiasa memohon dan meminta kemantapan dan ketetapan iman agar tidak terpesong daripada jalan yang Allah redhai.
Imam at-Tirmizi meriwayatkan bahawa doa yang selalu dipanjatkan Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Wahai Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu." Umi Salamah: "Ya Rasulullah, mengapa tuan selalu berdoa seperti ini?" Baginda menjawab: "Wahai Umi Salamah, setiap hati anak Adam berada di antara dua jari jemari Allah. Jika Allah kehendaki, Dia akan menjadikannya lurus. Dan jika Dia kehendaki maka Dia akan menjadikannya condong kepada kesesatan.”
(Riwayat at-Tirmizi)
6. Riya' (Sum'ah) Dalam Beribadah
Ali Ibni Abi Thalib RA berkata yang bermaksud :
Tanda orang yang riya' itu ada tiga:
1. Malas jika sendirian.
2. Bersemangat jika bersama-sama manusia,
3. Bertambah semangat jika dipuji dan lemah semangat jika dicela.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Seorang Muslim hendaknya berhati-hati dengan penyakit hati ini kerana sum’ah akan merosak nilai amalan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Barang siapa yang berdiri kerana riya' dan sum’ah, maka Allah akan memperlihatkan aibnya."
(Hadith Riwayat Ahmad)
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda :
ู
َْู ุณَู
َّุนَ ุณَู
َّุนَ ุงَُّููู ุจِِู، َูู
َْู ُูุฑَุงุฆِู ُูุฑَุงุฆِู ุงَُّููู ุจِِู
Maksudnya : “Siapa yang memperdengarkan amalanya (kepada orang lain), Allah akan memperdengarkan (bahwa amal tersebut bukan untuk Allah). Dan siapa saja yang ingin mempertontonkan amalnya, maka Allah akan mempertontonkan aibnya (bahwa amalan tersebut bukan untuk Allah)."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada hadith di atas dapatlah disimpulkan bahawa seorang Muslim harus selalu menjaga segala perilakunya agar amalan yang dikerjakan tidak sia-sia. Salah satu cara menjaga amal perbuatan adalah dengan menjaga tutur kata bicara yang keluar daripada mulut kita.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan