MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? 🕌 #mardhatillah #sayangimasjidkita💖 #kitajagakita🤝#mohkomosojid #luvmasjidgeylang💞 🚶🚲🛵🚗...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : KHAMIS 9 OKT 2025 08:15

Jumaat, 3 Oktober 2025

Kalimah 'MasyaAllah Tabarakallah'

Kalimah ‘MasyaAllah Tabarakallah, bila waktu sesuai menyebutnya?

Perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini, kelihatan ungkapan ‘MasyaAllah Tabarakallah’ sering digunakan di media sosial.

Jika melihat pada beberapa laman sosial, rata-rata hantaran yang menunjukkan detik-detik gembira pasti akan diiringi kalimah MasyaAllah Tabarakallah di ruang komen.

Tidak kira sama ada ‘posting’ tersebut berkongsikan tentang cahaya mata yang baru dilahirkan atau memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang, kesyukuran terhadap nikmat tersebut lazimnya akan dizahirkan melalui ungkapan MasyaAllah Tabarakallah.

Namun, apakah erti sebenarnya kalimah itu?

Realitinya, ramai umat Islam yang menggunakan istilah bahasa Arab dalam kehidupan seharian tanpa memahami makna sebenar di sebalik kalimah yang mereka ungkapkan.

Ingatlah, pengertian bagi ayat-ayat Arab seperti MasyaAllah Tabarakallah perlu difahami untuk mengelakkan kita menggunakan istilah yang salah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Secara ringkasnya, ayat MasyaAllah Tabarakallah boleh diterjemahkan kepada ‘inilah yang Allah kehendaki, semoga Allah memberkati kamu. Kalimah itu diucapkan sebagai rasa syukur atas segala pemberian Allah SWT.

Jika digabungkan kedua-dua kalimah itu, ia sememangnya boleh diucapkan apabila seseorang ingin menyatakan kekaguman terhadap sesuatu kebaikan yang didengar atau dilihat secara langsung. Walau bagaimanapun, kedua-dua istilah tersebut sebenarnya sangat berbeza.

Istilah MasyaAllah ialah satu bentuk pujian dan doa yang dipanjatkan kepada Allah apabila umat Islam merasa takjub dengan kejadian ciptaan-Nya.

Manakala Tabarakallah pula bermaksud ‘semoga Allah memberkati’. Istilah itu biasanya digunakan untuk memohon keberkatan daripada perkara yang menakjubkan yang dilihat atau dialami.


Cara menjawab jika tika mendengar kalimah MasyaAllah diucapkan

Jika mendengar istilah MasyaAllah disebutkan oleh kaum Muslimin yang lain, anda juga boleh memberikan respon dengan ucapan yang baik. Balasan yang boleh digunakan disebutkan MasyaAllah ialah:

“Wafiika barakallah”

Maksudnya: Semoga Allah memberkatimu juga.

Selain mengucapkan kalimah MasyaAllah Tabarakallah, umat Islam juga boleh membaca tasbih, tahmid, tahlil, hawqalah (La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah) dan zikir apabila melihat sesuatu yang menakjubkan.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalimah 'MasyaAllah Tabarakallah'

Kalimah ‘MasyaAllah Tabarakallah, bila waktu sesuai menyebutnya? Perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini, kelihatan ungkapan ‘MasyaAllah ...