MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Jumaat, 1 Disember 2023

Al-'Aafiyah


Doa adalah senjata orang mukmin dan ia juga satu ibadah yang teramat hebat kerana dengannya ia dapat menghubungkan terus segala rayuan, aduan, permintaan dan permohonan kita kepada Allah SWT.

Oleh sebab itulah, sebagai orang Islam kita amat digalakkan untuk meminta atau berdoa kepada Allah SWT sepertimana yang telah diajar oleh Nabi Muammad SAW kepada semua muslimin dan muslimat.

Walau bagaimanapun, untuk berdoa, kita seharusnya tahu dan faham tentang garis panduan, adab berdoa, syarat-syarat dan makna sesebuah doa agar tidak bercanggah daripada ajaran Islam serta selagi doa itu membawa maksud atau makna yang baik.

Doa pendek, ringkas atau panjang tidak menjadi sebarang masalah selagi mana adab ketika berdoa kita itu itu betul serta memenuhi syarat semasa berdoa supaya doa yang dipanjatkan itu diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Dalam banyak doa-doa, terdapat satu doa pendek yang amat baik untuk diamalkan iaitu doa Al-Aafiyah sepertimana yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang mana ia dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi dalam kitab Al-Azkar.

Mungkin kita selalu mendengar perkataan Sihat Wal Afiah. Walau bagaimanapun, adakah anda faham apa maknanya? Perkataan Aafiyah membawa maksud yang amat luas dan berkait dengan banyak perkara.

Ia juga turut mengaitkan satu kisah di mana pada suatu hari bapa saudara Nabi iaitu Saidina Al-Abbas RA datang kepada Nabi SAW dan berkata: 'Ya Rasulullah, ajarkanlah doa,' katanya.

Lalu, Nabi Muhammad SAW telah berkata: "Wahai bapa saudaraku, bacalah" :

‌‏ุฃَู„ًْู„ّٰู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠ ุฃَุณุฃَู„ُูƒَ ุฃَู„ًْุนَุงูِูŠَุฉً 

Jadi, apakah makna 'Aafiyah yang sebenarnya? Berikut adalah antara maksud Aafiyah :


Jadi, secara asasnya, 'Aafiyah bermaksud: "Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan." Ini juga termasuk di dunia dan akhirat.

Malahan secara tepatnya, Aafiyah merangkumi segala keselamatan dan kesejahteraan zahir dan batin, segala urusan duniawi dan ukhrawi, perkara mengaitkan dunia dan agama, rohani dan jasmani serta luaran dan juga dalaman.

Jadi, mulai sekarang marilah kita bersama-sama mengamalkan doa Aafiyah yang amat baik dan berkesan untuk menghindari daripada perkara yang tidak baik atau segala bala, musibah atau sebarang penyakit.

Bukan itu sahaja, jika ia menjadi amalan harian, kita juga dapat mengelakkan diri dari fitnah serta dilindungi daripada sebarang ancaman dan bahaya. Semoga doa Al-Aafiyah ini menjadi zikir rutin kita setiap hari.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...