MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : SELASA 26 NOVEMBER 2024 23:05

Selasa, 1 Mac 2022

Senarai Masjid Terbesar Di Malaysia

Senarai 6 Masjid Terbesar di Malaysia

Malaysia mempunyai banyak masjid yang reka bentuknya unik, menarik dan lain daripada yang lain. Beberapa masjid terkenal di Malaysia bukan sahaja menerima kunjungan dari pelancong dalam negara, tetapi juga menarik minat pelancong dari luar negara. Berikut adalah perkongsian mengenai 7 di antara masjid terbesar di Malaysia mengikut jumlah kapasiti bilangan jemaah dalam sesatu masa.

SENARAI 7 MASJID TERBESAR DI MALAYSIA

7. MASJID SRI SENDAYAN, SEREMBAN
Pemandangan indah Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Kapasiti : 5,000

Mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah, pembukaan Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan, pada hari Jumaat 20hb September, 2019 menjadi antara tarikan di kawasan itu.

Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 melalui konsep wakaf itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa, sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.

Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu, diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh Tan Sri Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.

Tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta ini adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Foto hiasan NSTP

Kebanyakan seni bina itu ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar.

Keunikan hasil seni bina masjid ini membuatkan ia menerima beberapa gelaran daripada orang ramai termasuk Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.

Syukur pada hari pertama masjid ini dibuka untuk solat Jumaat, lebih 5,000 jemaah hadir dan amat membanggakan ada yang datang dari jauh seperti Putrajaya, Melaka dan Selangor.

Malahan sejak hari pembukaannya hingga hari ini, masih ramai orang yang mengunjungi masjid ini untuk melihat sendiri keunikannya.

Umat Islam yang mendaftar nama untuk menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di mana-mana masjid serta surau di Negeri Sembilan, diminta memberikan nama atau maklumat sebenar diperlukan. - Foto fail NSTP
Umat Islam yang mendaftar nama untuk menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di mana-mana masjid serta surau di Negeri Sembilan, diminta memberikan nama atau maklumat sebenar diperlukan. - Foto fail NSTP

Masjid Sri Sendayan ini terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah).

Selain itu, masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.

Sebelum masjid ini siap dibina lagi, pihak pentadbir masjid telah menerima banyak pertanyaan daripada bakal pengantin untuk bernikah di masjid ini.

Justeru, adalah diharapkan masjid yang lengkap dengan pelbagai kemudahan ini dapat diimarahkan sebaik mungkin oleh jemaah tidak kira di kawasan ini atau dari luar Bandar Sri Sendayan. InsyaAllah.

6. MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU
MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU
Sumber Gambar : Wikipedia
Kapasiti : 12,000

Mula dibina pada 1989 dengan beberapa kali pembinaan tertangguh, akhirnya masjid ini siap dibina dan dibuka pada tahun 2000. Masjid ini dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM34 juta. Reka bentuk masjid ini mengambil inspirasi daripada Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi.

5. MASJID PUTRA

MASJID PUTRA
Sumber Gambar :  Lets Go Holiday

Kapasiti : 15,000

Masjid ini mula dibina pada tahun 1997 dan siap dan dibuka pada tahun 1999. Terletak berdekatan dengan pejabat Perdana Menteri Malaysia. Kos pembinaan masjid ini adalah sekitar RM250 juta. Berhadapan dengan masjid ini terletaknya dataran yang mempunyai bendera-bendera bagi negeri di Malaysia.

4. MASJID NEGARA

MASJID NEGARA
Sumber Gambar : The Malaysian Times

Kapasiti : 15,000

Masjid Negara ini siap pada tahun 1965 dan arkitek bagi masjid ini adalah Howard Ashley, Hisham Albakri dan Dato Baharuddin Abu Kasim. Berkeluasan sekitar 13 ekar. Masjid ini telah melalui beberapa proses pengubahsuaian pada tahun 1987.

3. MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Sumber Gambar : Media Halal Local

Kapasiti : 17,000

Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1998 dan 2000. Masjid ini dibuka pada tahun 2000 dan telah dirasmikan Yang di-Pertuan Agong ke 12, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini mengambil inspirasi daripada Blue Mosque di Istanbul, Turki.

2. MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
Sumber Gambar : DGPH

Kapasiti : 20,000

Masjid ini terletak di Precint 3, Putrajaya berhadapan dengan Istana Kehakiman. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 2004 dan akhirnya siap pada tahun 2009. Kos pembinaan masjid ini adalah sekitar RM208 juta. Masjid ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke 13 iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tahun 2010.

1. MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Sumber Gambar : PHEV

Kapasiti : 24,000

Masjid ini merupakan masjid terbesar di Malaysia dan juga yang kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Masjid ini dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1988. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru.

Begitulah kira turun dari 7 hingga 1. Dalam senarai ini, manakah masjid yang pernah anda lawati?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...