MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Jumaat, 22 Disember 2023

Amalan Zikir Orang 'Sibuk'

Setiap daripada kita punyai latarbelakang dan tanggungjawab kerjaya yang berbeza. Ada yang punyai masa terluang dan ada pula yang merasakan tidak cukup masa sedangkan setiap daripada kita semua dikurniakan Allah SWT masa 24 jam sehari semalam.

Dalam menguruskan hal kehidupan di dunia yang fana ini, bekalan akhirat juga sangatlah perlu. Bagaimana dengan insan yang serba kekurangan yang tidak cukup makan minum dan harta benda yang boleh dijadikan sedekah tidak seperti orang berada yang mampu melakukan amalan sedekah yang boleh dijadikan bekalan di akhirat kelak?

Rasulullah SAW juga banyak melalui hadith baginda yang berkongsikan perihal amalan yang sedikit dilakukan tetapi berat timbangan pahalanya.

Di sini, dikongsikan beberapa amalan zikir pendek tetapi berat timbangan pahalanya dengan bersandarkan kepada nas hadith Rasulullah SAW yang sohih.

1.
Zikir yang dimaksudkan itu berbunyi :

 ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจِุญَู…ْุฏِู‡ِ: ุนَุฏَุฏَ ุฎَู„ْู‚ِู‡ِ، ูˆَุฑِุถَุง ู†َูْุณِู‡ِ، ูˆَุฒِู†َุฉَ ุนَุฑْุดِู‡ِ، ูˆَู…ِุฏَุงุฏَ ูƒَู„ِู…َุงุชِู‡ِ 

(Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada kholqihi, wa ridha nafsihi, wa zinati ‘arshihi, wa midada kalimatih).

Maksudnya: MAHA SUCI ALLAH, aku memuji-NYA sebanyak bilangan makhluk-NYA, menurut keredhaan-NYA, seberat timbangan Arasy-NYA dan sebanyak tulisan kalimah-NYA.

Sebenarnya, terdapat kisah menarik di sebaliknya tentang zikir berharga ini.

Ketika Nabi Muhammad SAW ingin keluar untuk menunaikan solat Subuh, baginda melihat Juwairiyah sedang berada di tempat solatnya.

Apabila pulang selepas waktu dhuha, Baginda melihat Juwairiyah masih di tempat yang sama. Bayangkan dalam tempoh waktu yang lama itu, Juwairiyah kekal di tempat solatnya tadi,

Rasulullah SAW lantas bertanyakan kepada isteri Baginda: “Apakah kamu masih seperti ini ketika aku keluar tadi?”

Juwairiyah menjawab: “Ya.”

Lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud :

“Sungguh, aku mengucapkan setelahmu empat kalimah sebanyak tiga kali. Jika kalimah ini ditimbang dengan ucapan yang engkau ucapkan sejak tadi, pasti ia akan menyamai timbangannya. Ia adalah Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada kholqihi, wa ridha nafsihi, wa zinati ‘arshihi, wa midada kalimatih.”

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah]


2.
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Nabi SAW bersabda :

ูƒَู„ِู…َุชَุงู†ِ ุญَุจِูŠุจَุชَุงู†ِ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ، ุฎَูِูŠูَุชَุงู†ِ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„ِّุณَุงู†ِ ، ุซَู‚ِูŠู„َุชَุงู†ِ ูِู‰ ุงู„ْู…ِูŠุฒَุงู†ِ ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุจِุญَู…ْุฏِู‡ِ ، ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ْุนَุธِูŠู…ِ

“Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).”
[HR. Bukhari No. 7563 dan Muslim No. 2694]

3.
Ucapan yang paling disukai Allah SWT :

ุนَู†ْ ุณَู…ُุฑَุฉَ ุจْู†ِ ุฌُู†ْุฏَุจٍ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃَุญَุจُّ ุงู„ْูƒَู„ุงَู…ِ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَุฑْุจَุนٌ ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ ู„ุงَ ูŠَุถُุฑُّูƒَ ุจَุฃَูŠِّู‡ِู†َّ ุจَุฏَุฃْุชَ

Daripada Samrah bin Jundab dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ada empat ucapan yang paling disukai Allah SWT; Subhanallah ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„ّู‡ُ (Maha Suci Allah), Alhamdulillah ุงَู„ْุญَู…ْุฏُู„ِู„ّู‡ِ (Segala Puji Bagi Allah), Laa ilaaha illallah ู„ุงَ ุงِู„َู‡َ ุงِู„ุงَّ ุงู„ู„ّู‡ُ (Tiada ilah(tuhan) yang berhak disembah kecuali Allah) dan Allahu Akhbar ุงَู„ู„ّู‡ُ ุงَูƒْุจَุฑُ (Allah Maha Besar). Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai.
[HR Muslim No: 2137/12) Status: Hadis Sahih]

4.
Memetik kisah Nabi Muhammad SAW dan anaknya, Fatimah RA.

Saidatina Fatimah datang menemui baginda yang baru pulang daripada berperang. Fatimah mengetahui bahawa Rasulullah SAW membawa balik ramai tawanan perang yang terdiri daripada wanita. Fatimah memujuk baginda untuk mendapatkan seorang pembantu daripada tawanan itu namun Rasulullah SAW berkata, “Aku tidak akan membiarkan perkara itu.”

Pulanglah Fatimah ke rumahnya.

Suatu hari, Rasulullah SAW pergi ke rumah Fatimah dan berkata: “Mahukah kamu Fatimah aku memberikan sesuatu yang lebih baik daripada pembantu?” Fatimah segera menjawab: “Ya, mahu.”

Itulah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAHUAKHBAR. Saidatina Fatimah membacanya dengan jiwanya yang sangat ikhlas.

Dalam Hadis sohih menyatakan bahawa Zikir Fatimah ini digalakkan dibaca sebelum tidur.

5.
Zikir yang memenatkan 70 malaikat mencatatnya “Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan….”

Don Daniyal Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don menerusi satu kuliah, beliau berkongsi akan satu zikir apabila dibaca akan memenatkan 70 malaikat untuk mencatatnya.

Berdasarkan satu hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

“Barangsiapa membaca Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallama bima huwa Ahluhu, 70 Malaikat “penat” tulis ganjaran untuknya selama 1000 pagi (maknanya terlampau besar ganjarannya di sisi ALLAH)
[Hadith Riwayat Ibnu Abbas dan Imam Tabrani]


Jazallahu ‘anna sayyidana muhammadan shallallahu a’laihi wa sallama bima huwa ahluhu

ุฌَุฒَู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู†َّุง ุณَูŠِّุฏَู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏًุง ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุจِู…َุง ู‡ُูˆَ ุฃَู‡ْู„ُู‡ُ

Ertinya: “Semoga ALLAH memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad SAW atas jasa-jasa Baginda kepada kita dengan balasan yang selayaknya Baginda terima.”


6.
Zikir untuk 100 kebaikan dan menjauhkan 100 keburukan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

“Barang siapa membaca..

ู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„َุง ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑٌ

“Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodir."

Ertinya : Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-
NYA. Milik-NYA kerajaan dan bagi-NYA segala puji dan DIA MAHA KUASA atas segala sesuatu.”


7.
Zikir ketika terjaga diwaktu malam yang dapat menghapus dosa.

Satu zikir yang boleh dilazimi jika kita terjaga dari tidur diwaktu malam, iaitu :

ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„ุงَ ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ، ู„َู‡ُ ุงู„ู…ُู„ْูƒُ ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ุญَู…ْุฏُ، ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑٌ، ุงู„ุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ، ูˆَุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ، ูˆَู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ุงู„ู„َّู‡ُ، ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ، ูˆَู„ุงَ ุญَูˆْู„َ ูˆَู„ุงَ ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ

Ertinya: “Tiada yang berhak disembah melainkan ALLAH semata-mata yang tiada sekutu bagi-NYA. Bagi-NYA kekuasaan dan bagi-NYA segala kepujian. DIA-lah Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Segala puji bagi ALLAH. Maha Suci ALLAH. Tiada yang berhak disembah melainkan ALLAH. ALLAH Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan (pertolongan) ALLAH”.

Fadilat: Sesiapa yang terjaga pada malam hari dan dia membaca zikir ini, lalu dia memohon ampun atau berdoa, nescaya akan mustajab doanya. Dan jika dia bangun mengambil wudhu' dan solat, nescaya akan diterima solatnya.”
[Hadith Riwayat al-Bukhari]

Mudah sebenarnya untuk melakukan zikir-zikir ringkas di atas. Seperti mana kita cepat menyebut suatu perkataan yang tidak bermanfaat ketika bercakap, seperti itu juga zikir perlu dibiasakan. Semakin kita membiasakan zikir, semakin kuat ikatan yang dibina dengan Allah.

Zikir tidak lagi menjadi amalan khusus hanya di atas tikar sejadah tetapi rutin yang mampu mengingatkan kita bahawa kita ialah hamba Allah setiap masa.


PENUTUP

Sedekah tidak selalu berkaitan dengan harta, namun boleh juga dalam bentuk-bentuk lain. Menurut sebuah hadith, membuang duri di jalan termasuk sedekah yang paling ringan selain memberikan senyuman.

Diriwayatkan Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Setiap ruas tulang manusia harus disedekahi setiap hari di saat terbitnya matahari: berbuat adil terhadap dua orang (mendamaikan) adalah sedekah; menolong seseorang naik kendaraannya, membimbingnya, dan mengangkat barang bawaannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah; Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan juga adalah sedekah."
[HR Bukhari dan Muslim]


Sentiasalah ingatkan diri ini bahawa kita ini Hidup Bertuhan!

Semoga bermanfaat.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...