MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? 🕌 #mardhatillah #sayangimasjidkita💖 #kitajagakita🤝#mohkomosojid 🚶🚲🛵🚗...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Khamis, 21 Disember 2023

Apa Itu Rukun?


Dalam ajaran Islam, kita perlu mengetahui pengertian istilah 'rukun', contohnya rukun Iman, rukun Islam, rukun Solat dan pelbagai rukun dalam melaksanakan sesatu ibadah. Pengertian rukun dalam konteks ajaran Islam dan ibadah tidak bermakna sama dengan kata 'rukun' yang dikenal dan difahami dalam Bahasa Melayu.

Rukun yang akan diulas dalam post kali ini adalah rukun dalam bahasa Arab atau rukun sebagai istilah fiqh. Apakah pengertian rukun dalam konteks fiqh?

Dalam bahasa Arab, kata 'rukun' ditulis Al-Ruknu, sedangkan jamaknya adalah Al-Arkaanu. Dalam bahasa Arab, erti rukun adalah tiang penopang atau tiang penyangga utama.

Dalam istilah fiqh, rukun bererti sesuatu yang ada dalam suatu amalan yang mesti dikerjakan, jika ditinggalkan maka amalan tersebut batal atau tidak sah.

Rukun juga boleh dikatakan sebagai suatu hal yang merupakan bahagian dari tata cara rangkaian pokok dari suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan.

Dalam terminologi hukum Islam, rukun juga disebut sebagai Fardhu. Rukun adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan sebagai tanda ukur sah atau tidaknya sesuatu perbuatan dan merupakan bahagian dari perbuatan tersebut.

Sebagai contoh, melakukan takbiratul ihram adalah rukun solat yang wajib dilakukan. Ertinya, takbiratul ihram merupakan bahagian dari solat yang wajib dilakukan dalam waktu pelaksanaan ibadah solat. Tidak sah solat jika tidak mengucapkan kalimah Allahu akhbar semasa takbiratul ihram.

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa syarat merupakan sesuatu yang harus ada pada suatu amal ibadah sebelum amalan itu dikerjakan, sedangkan rukun adalah sesuatu yang mesti ada pada amal ibadah dalam waktu pelaksanaan amalan tersebut.

Dalam perkongsian post kali ini, hanya disentuh beberapa RUKUN dalam Islam secara dasar saja dan tidak secara terperinci, contohnya :


RUKUN IMAN

1. Percaya (beriman) kepada Allah SWT
2. Percaya (beriman) kepada para Malaikat
3. Percaya (beriman) kepada para Rasul
4. Percaya (beriman) kepada Kitab-kitab (Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran)
5. Percaya (beriman) kepada Hari Akhirat (adanya Hari Pembalasan, Syurga dan Neraka)
6. Percaya (beriman) kepada Qadha' dan Qadar (ketentuan Allah SWT)


RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat fardhu 5 waktu
3. Berpuasa fardhu di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan fardhu Haji (bagi yang mampu)


RUKUN SYAHADAH

1. Mengisbatkan dzat Allah (tiada sesuatupun di alam ini yang menyerupai dzat Allah).
2. Mengisbatkan sifat Allah (mengakui sifat Allah adalah yang paling sempurna).
3. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.
4. Menetapkan dan menyakini bahawa agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW sahaja yang benar.


RUKUN SOLAT

1. Niat - Qalbi
2. Berdiri betul - Fi'li
3. Lafaz takbiratul ihram - Qauli
4. Membaca surah Al Fatihah - Qauli
5. Ruku' serta toma'ninah - Fi'li
6. Iqtidal serta toma'ninah - Fi'li
7. Sujud serta toma'ninah - Fi'li
8. Duduk antara dua sujud serta toma'ninah -Fi'li
9. Duduk tahiyat akhir - Fi'li
10. Bacaan tahiyat akhir - Qauli
11. Bacaan selawat dalam tahiyat akhir - Qauli
12. Ucapan salam yang pertama - Qauli
13. Tertib (turutan) - Qalbi
  • Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
  • Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
  • Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan (lafaz) dan bacaan.

RUKUN PUASA

1. Niat
2. Menahan diri dari melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar (masuk waktu Subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib).


RUKUN ZAKAT

Rukun Zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang mencukupi nisab dengan menamatkan kuasa pemilik ke atasnya dan memberi milik kepada orang miskin (fakir) serta menyerahkan kepadanya ataupun diserahkan kepada orang yang mewakilinya iaitu (pemerintah) ataupun pengutip zakat (al-jabi).

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ۝٥٦

Maksudnya : "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
[Surah An-Nur : ayat 56]


RUKUN HAJI

1. Niat ihram
2. Wukuf di Arafah
3. Tawaf Ifadhah
4. Sa'i (berlari anak antara Bukit Safa dan Marwa)
5. Tahallul (bercukur)
6. Tertib


RUKUN WUDHU'

1. Niat
2. Membasuh muka daripada dahi hingga ke dagu dan daripada telinga ke telinga
3. Membasuh kedua-dua tangan daripada hujung jari sehingga ke siku
4. Menyapu sebahagian depan kepala
5. Membasuh kedua-dua kaki daripada hujung jari sehingga buku lali
6. Tertib (turutan)


RUKUN TAYAMMUM

1. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh muka
2. Menyapu muka
3. Menyapu kedua belah tangan daripada hujung jari sehingga ke siku
4. Tertib


RUKUN SOLAT JENAZAH

1. Niat
2. Berdiri tegak. Perlu diingat dalam solat jenazah tiada perbuatan ruku' mahupun sujud.
3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram
4. Selepas takbiratul ihram membaca surah Al Fatihah
5. Takbir kedua membaca selawat (sebaiknya selawat Ibrahimiyah)
6. Takbir ketiga membaca doa keatas jenazah
7. Takbir keempat ucapan salam


RUKUN AZAN

1. Lafaz azan
2. Orang yang melaungkan azan
3. Tertib ketika melafazkan azan


RUKUN KHUTBAH

1. Ucapan memuji Allah SWT
2. Ucapan selawat ke atas Nabi SAW
3. Membaca wasiat taqwa
4. Membaca satu ayat Al Quran
5. Doa kepada orang beriman dalam khutbah kedua


RUKUN MANDI JUNUB

1. Niat
2. Menghilangkan kotoran dan najis daripada seluruh anggota badan
3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan anggota badan


RUKUN NIKAH

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Wali
4. 2 orang saksi lelaki
5. Ijab dan qabul


RUKUN SEMBELIHAN

1. Penyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat untuk sembelihan


RUKUN KONTRAK JUAL BELI

1. Dua pihak yang berkontrak iaitu penjual dan pembeli
2. Barang jualan dan harga atau kadar bayaran
3. Ijab dan qabul (lafaz bertulis atau perbuatan serah terima)

Semoga perkongsian ringkas secara dasar (asas) ini memberi manfaat kepada para pembaca.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...