Kursus Asas Haji (KAH) merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan pada setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit bagi setiap siri (diadakan sebanyak 13 siri) bermula dari bulan Rabi'ul Akhir sehingga Jamadil Akhir setiap tahun.
KAH diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negara dengan kerjasama jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini. Pendaftaran adalah PERCUMA.
Info Kursus Asas Haji 1444H sebanyak 13 Siri Bagi Daerah Jelebu N9 seperti berikut :
Tarikh : Bermula 3hb Disember 2022 sehingga 25hb Februari 2023
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 9:00 pagi - 11:30 pagi
Tempat : Masjid Kariah Simpang Pertang
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 9:00 pagi - 11:30 pagi
Tempat : Masjid Kariah Simpang Pertang
Muat turun Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH) seperti di bawah:
MINGGU 1 (Sabtu 3hb Disember 2022)
Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Mekah & Madinah
MINGGU 2 (Sabtu 10hb Disember 2022)
Falsafah dan Penyucian Jiwa : Penerangan Ibadat Haji dan Umrah
MINGGU 3 (Sabtu 17hb Disember 2022)
Rukun Haji : Niat Ihram, Wuquf dan Tawaf
MINGGU 4 (Sabtu 24hb Disember 2022)
MINGGU 5 (Sabtu 31hb Disember 2022)
MINGGU 6 (Sabtu 7hb Januari 2023)
MINGGU 7 (Sabtu 14hb Januari 2023)
MINGGU 8 (Sabtu 21hb Januari 2023)
MINGGU 9 (Sabtu 28hb Januari 2023)
MINGGU 10 (Sabtu 4h Februari 2023)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan