Kita sudah memasuki separuh bulan Ramadhan. Rata-rata orang sedang berusaha untuk mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan agar masa yang berbaki ini tidak disia-siakan begitu sahaja.
Antara ibadah yang sering dilakukan apabila masuknya pertengahan Ramadhan ini ialah membaca doa Qunut dalam solat Witir pada rakaat yang terakhir.
Namun, yang menjadi tanda tanya ialah, adakah ia dilakukan bermula pada malam ke-15 puasa ataupun pada malam ke-16?
Dalam mazhab Imam Syafi’e, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat Witir untuk membaca doa Qunut Witir pada separuh yang terakhir dari bulan Ramadhan, iaitu bermula pada malam yang ke-16 Ramadhan.
Imam Ibn Rajab Al-Hanbali berkata – “Oleh kerana itu (wallahu a’alam) Ubai Ibn Ka’ab dahulu membaca doa Qunut dalam solat Witir pada malam-malam separuh yang terakhir (dari bulan Ramadhan) kerana diharapkan padanya berlaku malam Al-Qadar.”
Terdapat juga sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Hasan Ibn Ali RA melalui Jami’ Tirmizi dan juga Sunan Abu Daud:
Maksud: “Rasulullah SAW telah mengajarku beberapa perkataan untuk aku sebut di dalam Witir: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah petunjuk kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjukMu.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, no. 464)
Untuk bacaan doa Qunut, ia adalah sama seperti bacaan doa Qunut yang dibaca ketika di dalam solat Subuh.
Disunatkan juga kepada anda jika ingin memanjangkan Qunut dengan membaca Qunut Umar Ibn Khattab yang panjang dengan menambah bacaannya, iaitu:
ุงَُّูููู
َّ ุฅَّูุง َูุณْุชَุนَُِููู ََููุณْุชَุบِْูุฑَُู َููุงَ َُْูููุฑَُู، َُููุคْู
ُِู ุจَِู ََููุฎَْูุนُ ู
َْู َْููุฌُุฑَُู، ุงَُّูููู
َّ ุฅَّูุงَู َูุนْุจُุฏ، ََููู ُูุตَِّูู ََููุณْุฌُุฏ…
Maksud: “Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon pertolongan kepadaMu. Kami memohon ampun kepadaMu dan kami tidak mengkufuriMu. Kami beriman denganMu dan kami membenci sesiapa yang menderhakaiMu. Ya Allah Ya Tuhan kami! Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya untukMu kami bersolat dan bersujud.”
Bacaan doa Qunut dalam Witir merupakan sunnah yang Baginda dan para sahabat telah amalkan. Ia adalah salah satu cara untuk mendapatkan malam Qadar.
Ia juga mula dibaca pada pertengahan bulan Ramadhan, iaitu pada malam ke-16 Ramadhan. Jadi, sama ada anda solat Tarawih secara bersendirian atau mengimami orang lain, disunatkan untuk membaca doa Qunut pada rakaat terakhir Witir.
Semoga dengan usaha ini dapat memandu kita ke arah Lailatul Qadar. Insya'Allah.
Wallahu a’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan