MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Ahad, 16 Julai 2023

Pengertian Ithar


Ithar dalam bahasa digambarkan sebagai mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain. Demikianlah indahnya Islam, tanpa mengira warna kulit, bangsa, kabilah dan sebagainya, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu rasa.

Mereka adalah model ideal masyarakat satu aqidah, yang diikat dengan slogan “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.”

Jiwa yang mengutamakan saudara se-Islam yang lain tidak lain dan tidak bukan sekadar mengharapkan keredhaan Allah SWT tiada agenda tersembunyi di sebalik tindakannya itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.”
[Surah al-Hasyr 59; 9]

Sebenarnya bukannya mudah untuk Ithar dalam sesuatu perkara. Namun tiada yang mustahil apabila iman meraja di hati. Malah Ithar inilah juga antara lambang ukhuwah yang sejati.

Harus diingat, tiada istilah Ithar dalam ibadah. Jadi, jika berdepan dengan sebarang situasi, solat misalnya, utamakan diri sendiri terlebih dahulu.

Mementingkan Diri (Ananiyyah ุงู„ุฃู†ุงู†ูŠุฉ)

Ananiyyah ialah sifat dan sikap keakuan atau mementingkan diri serta berasa megah akan diri sendiri.

Manusia makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada siapa yang mampu hidup sendirian. Apa sahaja milik kita hanya pinjaman dan diberikan oleh Allah untuk berkongsi.

Golongan kafir dikritik hebat kerana sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri. Matlamat di sisi mereka boleh menghalalkan cara asalkan apa yang digemari nafsu dapat dipenuhi. Itulah punca fasad di muka bumi, apabila perubahan dilakukan demi memenuhi selera sendiri.

Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud :

“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang tidak mengerti.”
[Surah al-Hasyr 59; 14]

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang terlalu mencintai diri sehingga membawa kepada mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[Surah Al-Hasyr: 9]

Masih adakah orang yang sempat memikirkan kesusahan orang lain sedangkan diri sendiri juga dalam kesusahan? Masih adakah orang yang dalam kekurangan, memerlukan bantuan, atau tidak memiliki apapun kecuali cukup untuk keperluannya rela membantu saudaranya yang juga memerlukan bantuan? Masih bersisakah orang-orang baik seperti itu, yang memenuhi keperluan orang lain sedangkan dia sendiri memerlukannya?

Sahabat sekalian, kita adalah manusia yang hidup di tengah-tengah masyarakat, maka janganlah kita seperti hidup di tengah-tengah hutan sendirian. Marilah kita belajar “peka” memerhatikan mereka yang serba kekurangan dan yang memerlukan bantuan. Belajar mengamalkan konsep Ithar sesama kita. Belajar untuk mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan satu kesusahan di Hari Kiamat, dan barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba selagi hamba itu sudi menolong saudaranya.”
[HR. Muslim, dari Abu Hurairah]

Inilah saatnya kita membuang jauh-jauh sifat bakhil yang ada dalam diri kita dan menjadi manusia yang peduli terhadap keadaan sesama. Memberi kepada mereka yang memerlukan, menghulurkan tangan untuk meringankan beban mereka kerana semua itu adalah amalan yang besar nilainya di sisi Allah SWT. Moga-moga ia menjadi penambah timbangan kita di akhirat kelak.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...