MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Rabu, 23 Mac 2022

Usah Terpedaya Dengan Amal Mu


Begitu banyak amalan telah kita laksanakan, yakinkah kita Allah SWT menerima amal-amal tersebut?

Tanyakan pada hati kecil kita, adakah amalan yang dilakukan itu atas dasar ilmu? Adakah amalan yang dilakukan sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW? Tidaklah akan diterima suatu amalan apabila tidak berdasar kepada ilmu.
Nabi SAW bersabda :
ู…َู†ْ ุนَู…ِู„َ ุนَู…َู„ุงً ู„َูŠْุณَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุฃَู…ْุฑُู†َุง ูَู‡ُูˆَ ุฑَุฏٌّ

“Barangsiapa mengerjakan suatu amal yang tidak ada dasarnya dalam urusan (agama) kami, maka amal itu tertolak.”
(HR. Muslim no. 1718)

Tanyakan pada hati kecil kita, sudahkah kita mengikhlaskan amal itu hanya untuk Rabb ‘Azza wa Jalla? Ikhlas itu berat wahai saudaraku. Mengapa kita sangat yakin amal kita akan diterima? Sedangkan, para Nabi dengan kerendahan hati mereka, masih berdoa mengharap amal mereka diterima.

Allah SWT berfirman :

ูˆَุฅِุฐْ ูŠَุฑْูَุนُ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠู…ُ ุงู„ْู‚َูˆَุงุนِุฏَ ู…ِู†َ ุงู„ْุจَูŠْุชِ ูˆَุฅِุณْู…َุงุนِูŠู„ُ ุฑَุจَّู†َุง ุชَู‚َุจَّู„ْ ู…ِู†َّุง ุฅِู†َّูƒَ ุฃَู†ْุชَ ุงู„ุณَّู…ِูŠุนُ ุงู„ْุนَู„ِูŠู…ُ

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata:‘Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 127)

Tidaklah amalan-amalan yang telah dikerjakan itu merupakan buah dari kehebatan seseorang. Seseorang tidaklah mempunyai jasa atas amalan-amalan yang dikerjakannya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu menggerakkan seseorang untuk beramal sebab taufik yang diberikan-Nya.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah berkata, “Allahlah yang mengilhamkan hamba-Nya untuk bertaubat kepada-Nya, dan Dia sangat bergembira dengan taubat hamba-Nya itu, meskipun taubat hamba itu tidak lepas dari kurnia dan kemurahan-Nya. Allahlah yang mengilhamkan ketaatan dalam diri hamba-Nya dan Dia pula yang membantunya melakukannya, lalu membalasnya dengan pahala; dan semua itu tidak lepas dari kurnia dan kemurahan-Nya.”

Para salafus shalih yang beramal dalam diam, merasa begitu takut amalnya tidak diterima dan merasa sangat sedikit dalam beramal.

Dari Ibnu Syaudzab diriwayatkan bahwa ia menceritakan, “Tatkala sakaratul maut menjemput Abu Hurairah, beliau menangis. Orang-orang bertanya, ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Beliau menjawab, ‘Jauhnya perjalanan, sedikitnya perbekalan dan banyaknya aral rintangan. Sementara tempat kembali, mungkin ke syurga atau mungkin ke neraka’.”

Abu Hurairah RA merasa bekal yang dia punya, yakni amal di dunia amatlah sedikit. Dia pun tidak yakin tempat kembalinya apakah ke syurga atau ke neraka.

Siapakah itu Abu Hurairah RA?

Abu Hurairah RA ialah sahabat yang banyak meriwayatkan hadis-hadis Nabi SAW. Tercatat lebih dari 5000 hadis telah diriwayatkannya. Hadis-hadis itu pun masih kekal hingga kini, dihafal dan diamalkan oleh kebanyakan kita. Berapa banyak pahala akan mengalir ke Abu Hurairah RA berkat jasanya yang luar biasa tersebut? Tentu amat banyak bukan. Namun, rasa khasyah beliau amat besar, sehingga merasa bekal menuju akhirat amat sedikit. Masya'Allah.

Bandingkan dengan kita yang kualiti dan kuantiti amalnya tentu tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan beliau, terkadang kita merasa sangat yakin amal diterima. Kita merasa tenang-tenang saja dengan amal yang belum pasti bernilai atau tidaknya di sisi Allah.

Maka dengan itu, usah kita tertipu dengan amal kita. Takutlah amal kita tidak diterima kerana tidak terpenuhinya ikhlas dan ittiba’. Takutlah dengan berbagai hal yang akan merosak amal kita dan menjadikannya tidak bernilai di sisi Allah. Sertakan rasa mengharap, panjatkanlah doa agar segala amal kita diterima oleh Allah SWT.

Usah kita tertipu dengan amal sendiri, merasa sudah cukup dengan solat fardhu lima waktu, solat-solat sunat seperti rawatib, tahajjud, dhuha dan sebagainya, namun tiada khusyuk dalam solat.

Rasulullah SAW bersabda :

ุฅِู†َّ ุฃَุณْูˆَุฃَ ุงู„ู†َّุงุณِ ุณَุฑِู‚َุฉً ุงู„َّุฐِูŠ ูŠَุณْุฑِู‚ُ ุตَู„َุงุชَู‡ُ ” ู‚َุงู„ُูˆุง: ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَูƒَูŠْูَ ูŠَุณْุฑِู‚ُ ุตَู„َุงุชَู‡ُ؟ ู‚َุงู„َ: ” ู„َุง ูŠُุชِู…ُّ ุฑُูƒُูˆุนَู‡َุง ูˆَู„َุง ุณُุฌُูˆุฏَู‡َุง ูˆَู„َุง ุฎُุดُูˆุนَู‡َุง

“Sesungguhnya orang mencuri yang paling buruk adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab, “Ia tidak menyempurnakan rukuk, sujud, dan khusyuknya.”

(HR. Ahmad, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami, no. 986)

Usah kita tertipu dengan amal sendiri, merasa sudah cukup dengan puasa Ramadhan, puasa sunat Isnin-Khamis, puasa ayyamul bidh, namun kita masih bermaksiat di dalamnya. Betapa ramai daripada kalangan kita yang mudah terjerumus kepada dosa lisan (membawang), walaupun sedang berpuasa.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda :

ู…َู†ْ ู„َู…ْ ูŠَุฏَุนْ ู‚َูˆْู„ُ ุงู„ุฒُّูˆْุฑِ ูˆَุงู„ุนَู…َู„َ ุจِู‡ِ ูَู„َูŠْุณَ ู„ِู„َّู‡ِ ุนَุฒَّูˆَุฌَู„َّ ุญَุงุฌَุฉٌ ุฃَู†ْ ูŠَุฏَุนَ ุทَุนَุงู…َู‡ُ ูˆَุดَุฑَุงุจَู‡ُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta sewaktu berpuasa maka Allah tidak menerima puasanya meskipun dia telah meninggalkan makan dan minumnya.”
(HR. Bukhari 4/99)

Rasulullah SAW bersabda :

ู„َูŠْุณَ ุงู„ุตِّูŠَุงู…ِ ู…ِู†َ ุงู„ْุฃَูƒْู„ِ ุงู„ุดَّุฑَุงุจِ، ุฅِู†َّู…َุง ุงู„ุตِّูŠَุงู…ُ ู…ِู†َ ุงู„ّุบْูˆِ ูˆَุงู„ุฑَّูَุชِ، ูَุฅِู†ْ ุดَุงุจَูƒَ ุฃِุญَุฏٌ ุฃَูˆْ ุฌَู‡َู„َ ุนَู„َูŠْูƒَ ูَู‚ُู„ْ : ุฅِู†ّูŠ ุตَุง ุฆِู…ٌ، ุฅِู†ِّูŠ ุตَุงุฆٌู…ٌ

“Puasa bukanlah dari makan, minum (semata), tetapi puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang yang mencelamu, katakanlah: ‘Aku sedang betpuasa, aku sedang berpuasa’.”

(HR. Ibnu Khuzaimah 1996, Al-Hakim 1/430-431, sanadnya shahih)

Usah kita tertipu dengan amal sendiri, merasa sudah banyak melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran, namun tidak ditadabburi maknanya.

Nabi SAW bersabda :

ูˆَู…َุซَู„ُ ุงู„ْู…ُู†َุงูِู‚ِ ุงู„َّุฐِู‰ ูŠَู‚ْุฑَุฃُ ุงู„ْู‚ُุฑْุขู†َ ูƒَุงู„ุฑَّูŠْุญَุงู†َุฉِ ، ุฑِูŠุญُู‡َุง ุทَูŠِّุจٌ ูˆَุทَุนْู…ُู‡َุง ู…ُุฑٌّ

“Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran adalah seperti buah raihanah, baunya sedap, tetapi rasanya pahit.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Sekadar membaca Al-Quran tanpa memahami dan mentadabburi juga dapat dilakukan oleh orang munafik maupun orang mukmin. Para ulama mengatakan, memahami dan mentadabburi Al-Quran semestinya membuahkan keimanan dan keimanan itulah amalan terbaik.

Semoga kita semua dapat sentiasa meningkatkan kualiti amal sehingga menyebabkan diterimanya amal kita di sisi Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...