ุตูุงุฉ ุงูุฌู
ุงุนุฉ ุฃูุถู ู
ู ุตูุงุฉ ุงَููุฐِّ ุจุณุจุน ูุนุดุฑูู ุฏุฑุฌุฉ
Maksudnya : “Solat berjemaah lebih utama daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganjaran.”
Riwayat al-Bukhari (645) dan Muslim (1477)
Solat jemaah dari segi syara’ bermaksud menyambungkan solat makmum dengan solat imam iaitu sekurang-kurangnya seorang makmum, maka ia dinamakan solat jemaah dan mendapat pahala berjemaah (Rujuk: Al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 289). Ia merupakan satu syi’ar yang perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat Islam.
Pensyariatan solat jemaah boleh dilihat berdasarkan ayat al-quran, firman Allah SWT :
َูุฅِุฐَุง ُููุชَ ِِูููู
ْ َูุฃََูู
ْุชَ َُููู
ُ ูฑูุตََّٰููุฉَ
Maksudnya : "Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka.”
(Surah Al-Nisa’ : 102)
Berkata Imam Khatib Al-Syarbini: “Perintah ini diturunkan ketika waktu perang, maka sudah semestinya lebih utama dilakukan ketika dalam keadaan aman.” (Rujuk Mughni Al-Muhtaj, 1/350)
HUKUM SOLAT BERJEMAAH
Di sisi mazhab Syafie, hukum solat berjemaah mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab ialah fardhu kifayah. Ianya wajib dilakukan untuk menzahirkan syi’ar Islam di dalam sesebuah kariah atau kampung. (Rujuk: Minhaj al-Tolibin, 1/38).
Berkata Imam Al-Isnawi: “Para ulama’ yang menyatakan hukumnya adalah fardhu kifayah berdasarkan hadis nabi “ุฃَْูุถَُู ู
ِْู ุตََูุงุฉِ ุงَْููุฐ”ِّ (lebih utama daripada solat bersendirian) iaitu yang dimaksudkan dalam ayat ‘sesiapa yang solat berseorangan’ adalah kerana gugurnya kewajipan fardhu kifayah ke atasnya dengan perbuatan (solat berjemaah) ahli kariah yang lain.
Dan berdasarkan hadis “ู
َุง ู
ِْู ุซََูุงุซَุฉٍ” (mana-mana kumpulan yang jumlahnya tiga orang), mereka mengatakan hadis ini menunjukkan hukum solat berjemaah adalah fadhu kifayah kerana tujuan berjemaah itu ialah untuk menzahirkan syi’ar agama, dan hal itu dapat dicapai dengan perbuatan sebahagian daripada mereka (ahli kariah)”. (Rujuk: Hasyiyah Qalyubi wa ‘Umairah, 1/254).
Berkata Imam Khatib al-Syirbini : “Hukum solat jemaah ialah fardhu kifayah pada solat-solat maktubah (solat wajib lima waktu) ke atas lelaki merdeka yang bermukim menurut pandangan yang muktamad di sisi Imam Nawawi” (Rujuk: Al-Iqna' fi Halli Alfazi Abi Syuja’, 1/163). Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW :
ู
َุง ู
ِู ุซَูุงุซَุฉٍ ِูู َูุฑَْูุฉٍ َููุงَ ุจَุฏٍْู ูุง ุชَُูุงู
ُ ِูููู
ُ ุงูุตَّูุงุฉُ ุฅِูุงَّ ูุฏِ ุงุณْุชَุญَْูุฐَ ุนََِْูููู
ُ ุงูุดَّْูุทَุงُู، َูุนََُูููู
ْ ุจِุงูุฌَู
َุงุนَุฉِ
َูุฅَِّูู
َุง ูุฃُُْูู ุงูุฐِّุฆْุจُ ู
َِู ุงูุบَูู
ِ ุงَููุงุตَِูุฉَ
Maksudnya : “Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di sebuah kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Maka hendaklah kamu berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulannya).”
[Riwayat Abu Daud (547). Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]
Berkata Imam Al-Bujairimi: “Hukum solat berjemaah ialah fardhu kifayah menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab ke atas lelaki yang merdeka, bermukim dan tiada uzur syar’i. Maka ia wajib didirikan untuk menzahirkan syi’ar agama di sisi ahli kariah, maka hendaklah didirikan di satu tempat di kariah yang kecil dan beberapa tempat bagi kariah yang besar atau bandar-bandar dan gugurlah dosa semua penduduk sekiranya didirikan jemaah oleh sebahagian daripada mereka sekalipun sedikit. Namun sekiranya ia (jemaah) didirikan di rumah, maka hal tersebut tidak diiktibar menzahirkan syi’ar agama maka tidak gugur kewajipan (fardhu kifayah) tersebut." “Dan dhawabit (garis panduan) menzahirkan syi’ar itu ialah para jemaah boleh pergi ke masjid tersebut tanpa sebarang masyaqqah atau kesusahan, iaitu berbeza halnya dengan jika didirikan di rumah- rumah”. (Rujuk: Hasyiyah al-Bujairimi, 2/312).
Berkata Imam Sulaiman al-Jamal: “Maka kami katakan hukumnya adalah fardhu kifayah iaitu sekiranya sebahagian ahli kariah telah mengerjakannya, maka gugurlah dosa penduduk yang lain, tetapi yang nyata adalah solat berjemaah tetap dituntut ke atas mereka yang lain (yang tidak hadir berjemaah) iaitu hukumnya makruh bagi mereka meninggalkan solat berjemaah”. (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal, 1/253)
Justeru, wajib dilaksanakan solat berjemaah sekurang-kurangnya di sebuah masjid dalam sesuatu kariah kerana hal tersebut telah mencapai matlamat untuk menzahirkan syi’ar agama di kariah tersebut.
Adapun sekiranya solat berjemaah telah didirikan oleh sebahagian penduduk kariah di sebuah masjid (sekurang-kurangnya), maka hal itu sudah memadai untuk mengangkat kewajipan fardhu kifayah dan menggugurkan dosa sekalian penduduk kariah.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan