Qunut nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak. Ia dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam.
Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan qunut nazilah di dalam solat ketika berlakunya pengkhianatan dan juga pembunuhan terhadap beberapa orang sahabat baginda. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA beliau berkata :
ุฃََّู ุฑِุนْูุงً، َูุฐََْููุงَู َูุนُุตََّูุฉَ َูุจَِูู َูุญَْูุงَู ุงุณْุชَู
َุฏُّูุง ุฑَุณَُูู ุงَِّููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ุนََูู ุนَุฏٍُّู، َูุฃَู
َุฏَُّูู
ْ ุจِุณَุจْุนَِูู ู
َِู ุงูุฃَْูุตَุงุฑِ، َُّููุง ُูุณَู
ِِّููู
ُ ุงُْููุฑَّุงุกَ ِูู ุฒَู
َุงِِููู
ْ، َูุงُููุง َูุญْุชَุทِุจَُูู ุจِุงََّูููุงุฑِ َُููุตََُّููู ุจِุงَِّْูููู، ุญَุชَّู َูุงُููุง ุจِุจِุฆْุฑِ ู
َุนَُููุฉَ َูุชَُُูููู
ْ، َูุบَุฏَุฑُูุง ุจِِูู
ْ، َูุจََูุบَ ุงَّููุจَِّู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
، َََูููุชَ ุดَْูุฑًุง َูุฏْุนُู ِูู ุงูุตُّุจْุญِ ุนََูู ุฃَุญَْูุงุกٍ ู
ِْู ุฃَุญَْูุงุกِ ุงْูุนَุฑَุจِ، ุนََูู ุฑِุนٍْู َูุฐََْููุงَู َูุนُุตََّูุฉَ َูุจَِูู َูุญَْูุงَู
Maksudnya : "Sesungguhnya Ri’l, Zakwan, Usaiyyah dan Bani Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qurra’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’unah mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas sebahagian arab, Ri’il, Zakwan, Usaiyyah dan puak Lahyan."
Riwayat Al-Bukhari (4090)
Selain itu, antara riwayat lain yang menyebutkan berkenaan dengan bacaan qunut nazilah ini adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata :
ุจََْููุง ุงَّููุจُِّู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ُูุตَِّูู ุงْูุนِุดَุงุกَ ุฅِุฐْ َูุงَู ุณَู
ِุนَ ุงَُّููู ِูู
َْู ุญَู
ِุฏَُู ุซُู
َّ َูุงَู َูุจَْู ุฃَْู َูุณْุฌُุฏَ ุงَُّูููู
َّ َูุฌِّ ุนََّูุงุดَ ุจَْู ุฃَุจِู ุฑَุจِูุนَุฉَ، ุงَُّูููู
َّ َูุฌِّ ุณََูู
َุฉَ ุจَْู ِูุดَุงู
ٍ، ุงَُّูููู
َّ َูุฌِّ ุงَِْููููุฏَ ุจَْู ุงَِْููููุฏِ، ุงَُّูููู
َّ َูุฌِّ ุงْูู
ُุณْุชَุถْุนََِููู ู
َِู ุงْูู
ُุคْู
َِِููู، ุงَُّูููู
َّ ุงุดْุฏُุฏْ َูุทْุฃَุชََู ุนََูู ู
ُุถَุฑَ، ุงَُّูููู
َّ ุงุฌْุนََْููุง ุณَِِููู َูุณِِูู ُููุณَُู
Maksudnya : "Ketika Nabi SAW sedang mengerjakan solat Isya’ sebaik sahaja baginda membaca ุณَู
ِุนَ ุงَُّููู ِูู
َْู ุญَู
ِุฏَُู kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan : Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid. Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan)."
Riwayat Al-Bukhari (122)
Justeru, hadis-hadis di atas ini jelas menganjurkan bacaan qunut nazilah di dalam solat yang dibaca semasa i’tidal pada rakaat solat yang terakhir. Selain dari mendoakan keburukan ke atas musuh-musuh Islam yang telah melakukan kejahatan dan menyakiti umat Islam, qunut nazilah juga dituntut sekiranya berlaku wabak penyakit atau bencana yang menimpa umat Islam. Imam Al-Nawawi berkata: ‘’Disyariatkan qunut dalam kesemua solat fardhu disebabkan nazilah (kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah (ia dibaca) secara mutlak (yakni tanpa sebarang sebab).’’ Rujuk Minhaj Al-Thalibin, Al-Nawawi (1/222).
Manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kata-kata Imam Al-Nawawi di atas beliau berkata: ‘’Sama ada nazilah (kejadian yang berlaku) itu bersifat umum atau pun perkara khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudharatannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun, demikian juga hujan lebat yang memudharatkan.’’ Rujuk Tuhfah al-Muhtaj, Ibn Hajar al-Haitami (2/68).
Oleh yang demikian, merujuk kepada situasi semasa negara kita khususnya dan dunia secara umumnya yang diuji dengan wabak penyakit berjangkit Covid-19 ketika ini, maka adalah dituntut bagi umat Islam untuk membaca qunut nazilah di dalam solat mereka.
Berikut dinyatakan beberapa hukum hakam qunut nazilah secara ringkas :
- Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (seperti solat Zohor dan solat Asar) atau solat al-jahriyyah (seperti solat Subuh, Maghrib, dan Isya’).
- Qunut nazilah hanya disyariatkan di dalam solat-solat fardhu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.
- Boleh dibaca di dalam solat fardhu berjemaah mahupun solat fardhu secara bersendirian. Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca secara perlahan.
- Dibaca pada rakaat solat yang terakhir, semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’.
- Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah kerana ia bukan termasuk di dalam sunat ab’aadh.
- Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.
- Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.
ุงَُّูููู
َّ ุงْูุฏِูุง ِููู
َْู َูุฏَْูุชَ َูุนَุงِููุง ِููู
َْู ุนَุงَْููุชَ َูุชَََّูููุง ِููู
َْู ุชَََّْูููุชَ َูุจَุงุฑِْู ููุง ِููู
َุง ุฃَุนْุทَْูุชَ َِูููุง ุดَุฑَّ ู
َุง َูุถَْูุชَ ุฅََِّูู ุชَْูุถِู َููุงَ ُْููุถَู ุนَََْููู
َูุฅَُِّูู ูุงَ َูุฐُِّู ู
َْู َูุงَْููุชَ ุชَุจَุงุฑَْูุชَ ุฑَุจََّูุง َูุชَุนَุงَْููุชَ
ุงูููู
ุฅََููู َูุดُْูู َูุฅَّูุงَู َูุฑْุฌُู ุฃَْู ุชَุฏَْูุนَ ุนََّูุง ุงْูุจََูุงุก ูุงَููุจَุงุก ูุงِููุชََู ูุงูู
ِุญََู ู
َุง ุธََูุฑَ ู
َِْููุง َูู
َุง ุจุทَู ูุง ุฃุฑุญู
ุงูุฑุงุญู
ูู ููุง ู
ُุฌِูุจَ ุงูุณَّุงุฆِููู
ุงูููู
ุฅَِّูุง َูุนُูุฐُ ุจَِู ู
َِู ุงูุจَุฑَุตِ َูุงูุฌُُِููู ูุงْูุฌُุฒَุงู
ِ َูู
ِْู ุณَِّูุกِ ุงูุฃَุณَْูุงู
ูุตََّูู ุงُููู ูุณَّูู
ุนَูู َูุจِّููุง ู
ุญู
َّุฏٍ ูุนَูู ุขูู ูุตَุญْุจِِู ุฃุฌู
ุนูู
Sebagai kesimpulan, bacaan qunut nazilah semasa musibah menimpa umat Islam adalah disyariatkan dan hukumnya adalah mustahab (sunat). Dalam usaha semua pihak untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam dari sebarang wabak dan penyakit berjangkit.
Wallahu'alam.
#kitajagakita
#sayangimasjidkita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan