Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/338) menyebut: Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:
َูุง ุจَِูุงُู ُูู
ْ ََููุงุฏِ ุจِุงูุตََّูุงุฉِ
Maksudnya: "Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.”
Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)
Manakala berkenaan asal usul lafaz azan, terdapat dua orang sahabat yang telah mendapat mimpi yang sama tentang azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab RA. Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid RA katanya:
َูู
َّุง ุฃَู
َุฑَ ุฑَุณُُูู ุงِููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ุจِุงَّููุงُููุณِ ُูุนْู
َُู ُِููุถْุฑَุจَ ุจِِู َِّูููุงุณِ ِูุฌَู
ْุนِ ุงูุตَّูุงَุฉِ ุทَุงَู ุจِู َูุฃََูุง َูุงุฆِู
ٌ ุฑَุฌٌُู َูุญْู
ُِู َูุงُููุณًุง ِูู َูุฏِِู ، َُْูููุชُ : َูุง ุนَุจْุฏَ ุงِููู ุฃَุชَุจِูุนُ ุงَّููุงُููุณَ ؟ َูุงَู : َูู
َุง ุชَุตَْูุนُ ุจِِู ؟ َُْูููุชُ : َูุฏْุนُู ุจِِู ุฅَِูู ุงูุตَّูุงَุฉِ ، َูุงَู : ุฃََููุงَ ุฃَุฏَُُّูู ุนََูู ู
َุง َُูู ุฎَْูุฑٌ ู
ِْู ุฐََِูู ؟ َُْูููุชُ َُูู: ุจََูู ، َูุงَู : ََููุงَู : ุชَُُููู : ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ...ุฑُ
َูุงَู : ุซُู
َّ ุงุณْุชَุฃْุฎَุฑَ ุนَِّูู ุบَْูุฑَ ุจَุนِูุฏٍ ، ุซُู
َّ ، َูุงَู : َูุชَُُููู : ุฅِุฐَุง ุฃََูู
ْุชَ ุงูุตَّูุงَุฉَ ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ...ุฑُ
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah ‘: ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ’……. (sehingga akhir azan).
Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ’ …. (hingga akhir iqamat).
Riwayat Abu Daud (449)
Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:
ุฅََِّููุง َูุฑُุคَْูุง ุญٌَّู ุฅِْู ุดَุงุกَ ุงَُّููู ، َُููู
ْ ู
َุนَ ุจِูุงٍَู َูุฃَِْูู ุนََِْููู ู
َุง ุฑَุฃَْูุชَ ، َُْูููุคَุฐِّْู ุจِِู ، َูุฅَُِّูู ุฃَْูุฏَู ุตَْูุชًุง ู
َِْูู َُููู
ْุชُ ู
َุนَ ุจِูุงٍَู ، َูุฌَุนَْูุชُ ุฃُِِْูููู ุนََِْููู ، َُููุคَุฐُِّู ุจِِู ، َูุงَู : َูุณَู
ِุนَ ุฐََِูู ุนُู
َุฑُ ุจُْู ุงْูุฎَุทَّุงุจِ ، ََُููู ِูู ุจَْูุชِِู َูุฎَุฑَุฌَ َูุฌُุฑُّ ุฑِุฏَุงุกَُู ، ََُُููููู : َูุงَّูุฐِู ุจَุนَุซََู ุจِุงْูุญَِّู َูุง ุฑَุณَُูู ุงِููู ، ََููุฏْ ุฑَุฃَْูุชُ ู
ِุซَْู ู
َุง ุฑَุฃَู ، ََููุงَู ุฑَุณُُูู ุงِููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
: ََِِّูููู ุงْูุญَู
ْุฏُ.
Maksudnya: Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.”
Riwayat Abu Daud (449)
Kesimpulan
Pensyariatan azan walaupun daripada mimpi para sahabat mengikut sebahagian riwayat tetapi ianya tidak bercanggah dengan riwayat yang lain. Ini kerana apabila diberitakan kepada Rasulullah SAW makanya, Baginda SAW mengiyakannya. Dan ikrar Rasulullah SAW termasuk dalam hadith Nabi SAW sementelahan lagi telah dibentangkannya kepada Baginda SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan