MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Khamis, 3 Mac 2022

Kelebihan Solat Di Saf Pertama

Solat di saf yang pertama mempunyai begitu banyak kelebihan seperti yang disebutkan oleh banyak riwayat. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ ู„َูˆْ ูŠَุนْู„َู…ُ ุงู„ู†َّุงุณُ ู…َุง ูِูŠ ุงู„ู†ِّุฏَุงุกِ ูˆَุงู„ุตَّูِّ ุงู„ุฃَูˆَّู„ِ، ุซُู…َّ ู„َู…ْ ูŠَุฌِุฏُูˆุง ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ْ ูŠَุณْุชَู‡ِู…ُูˆุง ุนَู„َูŠْู‡ِ ู„ุงَุณْุชَู‡َู…ُูˆุง

Maksudnya: Sekiranya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkan ia melainkan dengan mencabut undi, pasti mereka akan mencabut undi.

Riwayat Al-Bukhari (615)

Berdasarkan hadis di atas, sekiranya manusia itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan terhadap besarnya ganjaran dan fadhilat solat di saf yang pertama, sudah pasti mereka akan berebut-rebut mengambil peluang bagi memenuhkan saf pertama. Sehingga jika tiada cara lain, pasti mereka akan menggunakan cara mencabut undi bagi menentukan siapakah yang dapat mengisi saf yang pertama.

Berikut dikongsikan beberapa kelebihan saf yang pertama serta keutamaan solat di dalamnya :

Pertama: Allah dan para malaikat berselawat kepada saf pertama.

Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَู…َู„ุงَุฆِูƒَุชَู‡ُ ูŠُุตَู„ُّูˆู†َ ุนَู„َู‰ ุงู„ุตَّูِّ ุงู„ุฃَูˆَّู„ِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas saf yang pertama.

Riwayat Ibn Majah (999)

Imam Al-Munawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Iaitu Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada ahlinya (mereka yang bersolat di saf yang pertama) iaitu dengan beristighfar kepada mereka. Rujuk Faydh Al-Qadir, Al-Munawi.

Kedua: Saf terbaik bagi lelaki adalah saf pertama.

Hal ini merujuk kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ุฎَูŠْุฑُ ุตُูُูˆูِ ุงู„ุฑِّุฌَุงู„ِ ุฃَูˆَّู„ُู‡َุง ูˆَุดَุฑُّู‡َุง ุขุฎِุฑُู‡َุง ูˆَุฎَูŠْุฑُ ุตُูُูˆูِ ุงู„ู†ِّุณَุงุกِ ุขุฎِุฑُู‡َุง ูˆَุดَุฑُّู‡َุง ุฃَูˆَّู„ُู‡َุง

Maksudnya: Sebaik-baik saf orang lelaki adalah saf yang terawal dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling belakang. Manakala sebaik-baik saf orang perempuan adalah saf yang terakhir manakala seburuk-buruk saf orang perempuan adalah yang paling hadapan.

Riwayat Muslim (440)

Dalam hadis di atas, saf paling baik bagi orang lelaki adalah saf yang pertama. Ini kerana, saf yang pertama menjadikan kita sebagai manusia yang bersegera ke arah kebaikan, hampir kedudukan dengan imam, dapat mendengar dengan baik bacaan imam serta mendapat pengajaran dari bacaan imam, serta lebih sejahtera pemikiran dari melihat orang yang berada di hadapannya.

Yang dimaksudkan dengan seburuk-buruk saf bagi lelaki dan perempuan adalah: Yang paling kurang pahala dan kelebihan serta jauh dari kehendak dan tuntutan syara’. Manakala maksud sebaik-baik saf bagi lelaki dan perempuan pula adalah: Yang paling banyak pahala dan kebaikan serta memenuhi kehendak syarak.

Dinyatakan di sini, kelebihan saf yang terakhir bagi orang perempuan adalah apabila berlakunya solat berjamaah yang melibatkan orang lelaki dan juga orang perempuan. Namun sekiranya solat berjamaah hanya melibatkan orang perempuan sahaja, maka keadaannya kembali kepada saf terbaik adalah saf pertama manakala saf terburuk adalah saf yang di belakang.

Bagi jemaah perempuan, baiknya saf terakhir dalam solat berjamaah yang melibatkan orang lelaki adalah kerana yang demikian itu menjauhkan jarak mereka dari bercampur dengan orang lelaki, menjauhkan mereka dari memandang ke arah lelaki ajnabi serta mendengar ucapan-ucapan mereka. Lihat Syarah Al-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim, Al-Nawawi (4/158).

Penutup

Sebagai kesimpulan, marilah kita semua sebagai umat Islam sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dengan cara melazimi solat di saf yang pertama. Elakkan saf-saf dari dikosongkan atau lambat dipenuhkan. Ini kerana begitu besar fadhilat dan ganjaran yang ada padanya.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...