Sifat malu adalah sebahagian daripada iman seperti mana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW. Justeru, sifat malu bukan satu perkara kecil kerana apabila menyentuh soal iman, ia perkara asas dalam agama. Jika seseorang individu mengaku dirinya beriman kepada Allah SWT, maka sifat malu perlu ada dalam dirinya.
Masjid yang dibina atas usaha penduduk kampung pada tahun 1950. Dinaiktaraf pada tahun 2005 dan seterusnya pada tahun 2006 diiktiraf sebagai sebuah Masjid Warisan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan.
Sabtu, 25 November 2023
Jumaat, 24 November 2023
Moh Ko Mosojid
KEAGUNGAN dan kemuliaan masjid digambarkan secara jelas oleh Rasulullah SAW melalui perbuatan. Banyak peristiwa dapat dikaitkan dengan kecintaan Baginda terhadap tempat suci bagi umat Islam ini.
Justeru, pengakuan mencintai Rasulullah SAW perlu dizahirkan dengan meneladani dan mengikuti ajaran Nabi antaranya sentiasa mempertingkatkan amalan mengimarahkan masjid.
Selasa, 21 November 2023
Enam Hak Perlu Ditunaikan
Umat Islam seluruhnya adalah bersaudara. Ikatan aqidah yang menautkan semua orang Islam sebagai satu umat dengan masing-masing ada hak ke atas yang lain. Apabila menyebut perihal hak, maka ia juga berkait dengan tanggungjawab. Justeru, hubungan persaudaraan sesama umat Islam perlu dijalinkan dengan masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling lengkap-melengkapi.
Rabu, 15 November 2023
Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad
ILMU merupakan perkara yang penting bagi setiap individu terutama untuk umat Islam bagi mencapai kesejahteraan di dunia mahupun akhirat.
Allah SWT mewajibkan seluruh umat Islam untuk belajar sebagaimana firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud:
Jumaat, 10 November 2023
Penghulu Segala Hari
JUMAAT adalah hari yang diagungkan. Ia juga hari istimewa buat kita sebagai hamba yang berserah diri kepada keagungan Yang Maha Pencipta.
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya (hari cerah) adalah hari Jumaat, (kerana) pada hari ini (Nabi) Adam AS diciptakan, hari ini pula (Nabi) Adam dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya" (HR Muslim).
Langgan:
Catatan (Atom)
PESAN ABAH
Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...
-
H anya mereka yang pernah menguruskan jenazah kenalan atau keluarga sendiri yang tahu betapa pentingnya khairat kematian. Dengan wang khai...
-
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam seja...
-
Dalam ajaran Islam, kita perlu mengetahui pengertian istilah 'rukun', contohnya rukun Iman, rukun Islam, rukun Solat dan pelbagai ru...