Qailulah merupakan perkata Bahasa Arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu Manzur, qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur.
Masjid Warisan Kariah Geylang
Masjid yang dibina atas usaha penduduk kampung pada tahun 1950. Dinaiktaraf pada tahun 2005 dan seterusnya pada tahun 2006 diiktiraf sebagai sebuah Masjid Warisan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan.
Khamis, 20 Februari 2025
Ahad, 8 Disember 2024
Bersangka Baik Terhadap Ujian Daripada Allah
[Hanya kepada Allah jualah kita meletakkan pengharapan dan berdoa]
TAHUN 2024 hampir meninggalkan kita dengan 1,001 coretan kenangan dan ujian kepada semua dan pastinya setiap yang berlaku itu adalah untuk kita memahami serta mengambil iktibar.
Setiap yang berlaku di dunia ini adalah dengan keizinan Allah SWT dan pastinya ada hikmah yang diperoleh daripada ujian ini.
Rabu, 7 Ogos 2024
PESAN ABAH
Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, insan ini layak untuk diangkat ke tempat paling tinggi selepas ibu.
Setiap kata-kata nasihat yang keluar daripada mulut seorang abah, penuh makna dan mendalam buat pedoman meneruskan hidup. Tiada apa yang diharapkan selain anak-anak yang ditatang berjaya menjadi manusia yang berguna.
Khamis, 18 Januari 2024
Kisah Si Abid dan Si Pendosa

Alkisah, ada dua orang lelaki dari kalangan Bani Israel. Karakter kedua-duanya ibarat langit dengan bumi. Yang satu sering berbuat dosa, sementara seorang lagi sangat tekun beribadah. Setiap kali lelaki ahli ibadah melihat lelaki pendosa ini melakukan dosa, dia akan menasihati kawannya itu supaya menghentikan perbuatan buruknya.
“Berhentilah dari berbuat dosa,” kata lelaki ahli ibadah itu kepada temannya.
Jumaat, 22 Disember 2023
Amalan Zikir Orang 'Sibuk'

Setiap daripada kita punyai latarbelakang dan tanggungjawab kerjaya yang berbeza. Ada yang punyai masa terluang dan ada pula yang merasakan tidak cukup masa sedangkan setiap daripada kita semua dikurniakan Allah SWT masa 24 jam sehari semalam.
Dalam menguruskan hal kehidupan di dunia yang fana ini, bekalan akhirat juga sangatlah perlu. Bagaimana dengan insan yang serba kekurangan yang tidak cukup makan minum dan harta benda yang boleh dijadikan sedekah tidak seperti orang berada yang mampu melakukan amalan sedekah yang boleh dijadikan bekalan di akhirat kelak?
Khamis, 21 Disember 2023
Apa Itu Rukun?

Dalam ajaran Islam, kita perlu mengetahui pengertian istilah 'rukun', contohnya rukun Iman, rukun Islam, rukun Solat dan pelbagai rukun dalam melaksanakan sesatu ibadah. Pengertian rukun dalam konteks ajaran Islam dan ibadah tidak bermakna sama dengan kata 'rukun' yang dikenal dan difahami dalam Bahasa Melayu.
Rukun yang akan diulas dalam post kali ini adalah rukun dalam bahasa Arab atau rukun sebagai istilah fiqh. Apakah pengertian rukun dalam konteks fiqh?
Khamis, 14 Disember 2023
Kelebihan Surah Al Mulk

Kenapa kita disarankan membaca surah al Mulk sebelum tidur? Apa kelebihan surah al Mulk ini?.
Mungkin kita selalu mendengar anjuran mengamalkan membaca surah al Mulk atau ‘Tabaraka’ sebelum tidur. Namun, tahukah kita apa sebenarnya kelebihan surah al Mulk dan apa istimewanya untuk kita membaca surah ini pada setiap malam?
Ahad, 3 Disember 2023
Pasang Surutnya Iman

KEIMANAN merupakan dasar bagi seseorang mukmim yang diperintahkan agar menjalani kehidupan sesuai dengan apa disyariatkan dalam Islam.
Namun mempertahankan keimanan bukan suatu perkara yang mudah apatah lagi pelbagai godaan di sekeliling yang membuatkan iman seseorang itu ada pasang surutnya.
Jumaat, 1 Disember 2023
Al-'Aafiyah

Doa adalah senjata orang mukmin dan ia juga satu ibadah yang teramat hebat kerana dengannya ia dapat menghubungkan terus segala rayuan, aduan, permintaan dan permohonan kita kepada Allah SWT.
Oleh sebab itulah, sebagai orang Islam kita amat digalakkan untuk meminta atau berdoa kepada Allah SWT sepertimana yang telah diajar oleh Nabi Muammad SAW kepada semua muslimin dan muslimat.
Sabtu, 25 November 2023
Perlu Ada Sifat Malu

Sifat malu adalah sebahagian daripada iman seperti mana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW. Justeru, sifat malu bukan satu perkara kecil kerana apabila menyentuh soal iman, ia perkara asas dalam agama. Jika seseorang individu mengaku dirinya beriman kepada Allah SWT, maka sifat malu perlu ada dalam dirinya.
Jumaat, 24 November 2023
Moh Ko Mosojid

KEAGUNGAN dan kemuliaan masjid digambarkan secara jelas oleh Rasulullah SAW melalui perbuatan. Banyak peristiwa dapat dikaitkan dengan kecintaan Baginda terhadap tempat suci bagi umat Islam ini.
Justeru, pengakuan mencintai Rasulullah SAW perlu dizahirkan dengan meneladani dan mengikuti ajaran Nabi antaranya sentiasa mempertingkatkan amalan mengimarahkan masjid.
Selasa, 21 November 2023
Enam Hak Perlu Ditunaikan
Umat Islam seluruhnya adalah bersaudara. Ikatan aqidah yang menautkan semua orang Islam sebagai satu umat dengan masing-masing ada hak ke atas yang lain. Apabila menyebut perihal hak, maka ia juga berkait dengan tanggungjawab. Justeru, hubungan persaudaraan sesama umat Islam perlu dijalinkan dengan masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling lengkap-melengkapi.
Rabu, 15 November 2023
Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad

ILMU merupakan perkara yang penting bagi setiap individu terutama untuk umat Islam bagi mencapai kesejahteraan di dunia mahupun akhirat.
Allah SWT mewajibkan seluruh umat Islam untuk belajar sebagaimana firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud:
Jumaat, 10 November 2023
Penghulu Segala Hari

JUMAAT adalah hari yang diagungkan. Ia juga hari istimewa buat kita sebagai hamba yang berserah diri kepada keagungan Yang Maha Pencipta.
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya (hari cerah) adalah hari Jumaat, (kerana) pada hari ini (Nabi) Adam AS diciptakan, hari ini pula (Nabi) Adam dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya" (HR Muslim).
Ahad, 16 Julai 2023
Pengertian Ithar

Ithar dalam bahasa digambarkan sebagai mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain. Demikianlah indahnya Islam, tanpa mengira warna kulit, bangsa, kabilah dan sebagainya, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu rasa.
Mereka adalah model ideal masyarakat satu aqidah, yang diikat dengan slogan “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.”
Jiwa yang mengutamakan saudara se-Islam yang lain tidak lain dan tidak bukan sekadar mengharapkan keredhaan Allah SWT tiada agenda tersembunyi di sebalik tindakannya itu.
Langgan:
Catatan (Atom)
Qailulah
Qailulah merupakan perkata Bahasa Arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu Manzur, qailulah membawa maksud ti...
-
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam seja...
-
Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...
-
[Hanya kepada Allah jualah kita meletakkan pengharapan dan berdoa] TAHUN 2024 hampir meninggalkan kita dengan 1,001 coretan kenangan dan u...