Pengertian Bahasa
Kedudukan Dalam Islam
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima.
Hukum Zakat
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.
Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.
- Hikmah Disyariatkan Zakat
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
ุฎُุฐْ ู ِْู ุฃَู َِِْٰูููู ْ ุตَุฏََูุฉًۭ ุชُุทَِّูุฑُُูู ْ َูุชُุฒَِِّูููู ุจَِูุง َูุตَِّู ุนََِْูููู ْ ۖ ุฅَِّู ุตََٰููุชََู ุณٌََููۭ َُّููู ْ ۗ َููฑَُّููู ุณَู ِูุนٌ ุนَِููู ٌ ูกู ูฃ
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Surah At-Taubah (ayat 103)
َูุฅِุฐْ ุฃَุฎَุฐَْูุง ู ِูุซََٰู ุจَِููٓ ุฅِุณْุฑَٰุٓกَِูู َูุง ุชَุนْุจُุฏَُูู ุฅَِّูุง ูฑََّููู َูุจِูฑَِْٰูููุฏَِْูู ุฅِุญْุณَุงًูุۭง َูุฐِู ูฑُْููุฑْุจَٰู َููฑَْููุชَٰู َٰู َููฑْูู َุณَِِٰููู َُُูููููุง۟ َِّูููุงุณِ ุญُุณًْูุۭง َูุฃَِููู ُูุง۟ ูฑูุตََّٰููุฉَ َูุกَุงุชُูุง۟ ูฑูุฒََّٰููุฉَ ุซُู َّ ุชَََّْูููุชُู ْ ุฅَِّูุง ًَِููููุۭง ู ُِّููู ْ َูุฃَูุชُู ู ُّุนْุฑِุถَُูู ูจูฃ
Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Pengertian Zakat Fitrah
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
(Hadis riwayat Muslim)
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri.
Sepanjang bulan Ramadhan.
Selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Takrif Pendapatan (al-Mal al-Mustafad)
َٰูุٓฃََُّููุง ูฑَّูุฐَِูู ุกَุงู َُููุٓง۟ ุฃَُِููููุง۟ ู ِู ุทَِّูุจَٰุชِ ู َุง َูุณَุจْุชُู ْ َูู ِู َّุงٓ ุฃَุฎْุฑَุฌَْูุง َُููู ู َِّู ูฑْูุฃَุฑْุถِ ۖ ََููุง ุชََูู َّู ُูุง۟ ูฑْูุฎَุจِูุซَ ู ُِْูู ุชَُُِููููู ََููุณْุชُู ุจَِูุٔงุฎِุฐِِูู ุฅَِّูุงٓ ุฃَู ุชُุบْู ِุถُูุง۟ ِِููู ۚ َููฑุนَْูู ُูุٓง۟ ุฃََّู ูฑََّููู ุบٌَِّูู ุญَู ِูุฏٌ ูขูฆูง
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.
(Hadis riwayat Muslim)
“Tunaikanlah zakat harta kamu”.
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ulama’ mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada kategori berikut:
1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja ( َูุณَุจُ ุงูุนَู َِู َูุงูุฑََูุงุชِุจِ َูุงูุฃُุฌُูุฑِ )
- Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
- Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.
- Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah.
- Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan.
- Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
- Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
- Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
- Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
- Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.
- Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
- Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
- Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.
- Perlindungan
- Makanan dan minuman
- Pakaian
- Perubatan
- Pendidikan
َٰูุٓฃََُّููุง ูฑَّูุฐَِูู ุกَุงู َُููุٓง۟ ุฃَُِููููุง۟ ู ِู ุทَِّูุจَٰุชِ ู َุง َูุณَุจْุชُู ْ َูู ِู َّุงٓ ุฃَุฎْุฑَุฌَْูุง َُููู ู َِّู ูฑْูุฃَุฑْุถِ ۖ ََููุง ุชََูู َّู ُูุง۟ ูฑْูุฎَุจِูุซَ ู ُِْูู ุชَُُِููููู ََููุณْุชُู ุจَِูุٔงุฎِุฐِِูู ุฅَِّูุงٓ ุฃَู ุชُุบْู ِุถُูุง۟ ِِููู ۚ َููฑุนَْูู ُูุٓง۟ ุฃََّู ูฑََّููู ุบٌَِّูู ุญَู ِูุฏٌ ูขูฆูง
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.
(Hadis riwayat Muslim)
Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.
Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.
** Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)
- Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
- Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon.
- Cukai.
- Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
- Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
- ‘Overdraf’.
- Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).
ZAKAT WANG SIMPANAN
“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Simpanan Tetap
- Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasa
- Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
Simpanan Dalam Satu Akaun- Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
- Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
- Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
- Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Zakat Hutang
- Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
- Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
- Pemberi hutang adalah wajib membayar zakat setiap tahun, jika penghutang itu mampu membayar (pada tarikh haul pemberi hutang)
- Jika penghutang itu tidak mampu / menangguhkan bayaran balik hutang, maka zakat wajib dibayar oleh pemberi hutang setahun selepas penerimaan / bayaran balik hutang tersebut.
Penghutang (Penerima Hutang) – ุงَْูู َุฏُِْูู
َٰูุٓฃََُّููุง ูฑَّูุฐَِูู ุกَุงู َُููุٓง۟ ุฃَُِููููุง۟ ู ِู ุทَِّูุจَٰุชِ ู َุง َูุณَุจْุชُู ْ َูู ِู َّุงٓ ุฃَุฎْุฑَุฌَْูุง َُููู ู َِّู ูฑْูุฃَุฑْุถِ ۖ ََููุง ุชََูู َّู ُูุง۟ ูฑْูุฎَุจِูุซَ ู ُِْูู ุชَُُِููููู ََููุณْุชُู ุจَِูุٔงุฎِุฐِِูู ุฅَِّูุงٓ ุฃَู ุชُุบْู ِุถُูุง۟ ِِููู ۚ َููฑุนَْูู ُูุٓง۟ ุฃََّู ูฑََّููู ุบٌَِّูู ุญَู ِูุฏٌ ูขูฆูง
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada Abi ‘Amr Ibnu Himas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” Aku menjawab: ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “ Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.”
(Hadis riwayat Syafi’I, Daruqutni, dan Baihaqi)
Syaratnya adalah seperti berikut :
- Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
- Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
- Saham Amanah Hartanah (REITs)
- Dana Dagangan Bursa (ETFs)
- Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar Negara
- Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF dsbg)
- Bon & Debentur
- Derivatif (Option & Future)
- Produk Berstruktur
- Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
- Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-
- Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
- Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan
Contoh Taksiran
Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.
- Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
- Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
- Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500
Dalil Al-Quran:
َููฑَّูุฐَِูู َِْูููุฒَُูู ูฑูุฐََّูุจَ َููฑِْููุถَّุฉَ ََููุง ََُُِูููููููุง ِูู ุณَุจِِูู ูฑَِّููู َูุจَุดِّุฑُْูู ุจِุนَุฐَุงุจٍ ุฃَِููู ٍۢ ูฃูค
َْููู َ ُูุญْู َٰู ุนَََْูููุง ِูู َูุงุฑِ ุฌَََّููู َ َูุชَُْٰููู ุจَِูุง ุฌِุจَุงُُููู ْ َูุฌُُููุจُُูู ْ َูุธُُููุฑُُูู ْ ۖ َٰูุฐَุง ู َุง ََููุฒْุชُู ْ ِูุฃَُููุณُِูู ْ َูุฐُُูููุง۟ ู َุง ُููุชُู ْ ุชَِْููุฒَُูู ูฃูฅ
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)
“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Fatir : 18 dan Al-An’aam 164
- Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
- Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)
Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00
Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.
Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00
ZAKAT EMAS DAN PERAK
Dalil Al-Quran:
َููฑَّูุฐَِูู َِْูููุฒَُูู ูฑูุฐََّูุจَ َููฑِْููุถَّุฉَ ََููุง ََُُِูููููููุง ِูู ุณَุจِِูู ูฑَِّููู َูุจَุดِّุฑُْูู ุจِุนَุฐَุงุจٍ ุฃَِููู ٍۢ ูฃูค
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Sabda Rasulullah SAW:
Sabda Rasulullah SAW:
[(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95
Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75
Pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan).
Dalil Al-Quran:
َููฑَّูุฐَِูู َِْูููุฒَُูู ูฑูุฐََّูุจَ َููฑِْููุถَّุฉَ ََููุง ََُُِูููููููุง ِูู ุณَุจِِูู ูฑَِّููู َูุจَุดِّุฑُْูู ุจِุนَุฐَุงุจٍ ุฃَِููู ٍۢ ูฃูค
Maksudnya :
- Pemegang takaful keluarga perlu membayar zakat setiap tahun ke atas nilai simpanan / pelaburan yang boleh dikeluarkan (cash value) sahaja dan bukannya surrender value (jumlah wang yang akan diperolehi jika membatalkan polisi).
- Ini kerana, hukum zakat untuk simpanan / pelaburan dalam polisi takaful adalah sama hukum zakat untuk simpanan / wang di institusi kewangan. Ini adalah kerana cash value boleh dikeluarkan tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak dengan pihak takaful.
- Manakala selepas sijil takaful sudah matang, maka wajib zakat simpanan ke atas pemegang polisi yang mendapat pulangan tunai secara keseluruhannya iaitu pulangan wang tunai daripada Dana Risiko Peserta dan juga keuntungan pelaburan daripada Dana Pelaburan Peserta.
- Wajib Zakat Pendapatan ke atas waris simati. Ianya adalah selepas ditolak untuk penyelesaian hutang simati (hutang zakat/hutang sesama manusia dan lain – lain) dan upah haji sekiranya simati belum mengerjakan fardhu haji.
- Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi takaful sekiranya mereka memperolehi wang pulangan tunai dari Dana Tabarruk; contohnya pulangan tunai setiap tahun jika tiada sebarang tuntutan tahunan (contohnya NCD yang diperolehi kerana tiada tuntutan tahunan).
- Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi yang menerima manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu.
- Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris tidak perlu dizakatkan kerana ia dikira sebagai harta yang tidak patuh syariah.
- Hanya bayaran pokok pembeli polisi insurans konvensional(semasa hayat pembeli/pemegang polisi) sahaja yang dikenakan zakat.
- Namun sekiranya ahli waris pembeli polisi tersebut merupakan golongan fakir miskin, mereka boleh mengambil sebahagian wang pampasan polisi insurans tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir miskin yang ingin mencukupkan keperluan, dan jika jumlah yang diambil melebihi nisab zakat, maka wajib zakat pendapatan ke atas ahli waris.
- Jika pampasan polisi Insurans konvensional tersebut diterima daripada caruman yang dibuat oleh majikan maka ahli waris boleh menggunakan wang tersebut keseluruhannya dan diwajibkan zakat pendapatan ke atasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan