
As-Salam adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang mulia. As-Salam membawa maksud Yang Maha Pemberi Selamat atau Maha Penyelamat. Maka itu ucapan Assalamu'alaikum membawa maksud keselamatan daripada Allah untuk kamu. Ia adalah satu doa daripada seorang Muslim kepada saudara Muslimnya yang lain. Ucapan salam adalah penyatu umat kerana ia dapat menimbulkan rasa mesra dan muhibbah antara saudara seIslam. Konsep salam ini tidak ada pada mana-mana agama lain di dunia ini.