MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Rabu, 22 Jun 2022

Kaedah Pembahagian Daging Qurban

Ibadah qurban ini dilakukan pada setiap tahun. Namun masih ada antara kita yang tertanya-tanya apakah cara pembahagian daging qurban yang sebenar dan tepat?

Adakah orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk mendapat bahagian daging qurban?

Dapatkan jawapan kepada persoalan anda di dalam artikel ini.

Ibadah ini dilakukan pada setiap tahun. Tetapi pernahkah kita cuba mendalami apakah erti sebenar qurban yang disyariatkan oleh Allah?

Sebenarnya qurban adalah penyembelihan haiwan tertentu iaitu An’am pada tarikh tertentu untuk mendekatkan diri dan mendapatkan redha Allah SWT.

Tarikh-tarikh tersebut adalah 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Perintah qurban telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah bersamaan dengan perintah untuk mendirikan solat Aidil Adha dan membayar zakat.

Firman Allah SWT membawa maksud:

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”

(Surah al-Kautsar, ayat 2)

Menurut pendapat ahli agama, solat yang disebutkan adalah solat sunat Aidil Adha dan qurban yang dimaksudkan adalah menyembelih haiwan qurban.

Nabi SAW juga telah bersabda;

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan qurban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Ternyata ibadah qurban adalah ibadah yang dituntut oleh orang yang berkemampuan untuk memberi semula kepada golongan yang memerlukan.

Jenis Qurban

Sebelum memahami apakah cara pembahagian daging qurban, anda perlu tahu jenis-jenis qurban dahulu.

Qurban yang pertama adalah qurban sunat.

Qurban ini adalah sunat muakkad. Sunat yang dituntut dan digalakkan.

Firman Allah SWT dari surah al-Maidah ada menyebut dari ayat 27 yang membawa maksud:

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang yang bertakwa.”

Manakala surah al-Hajj dari ayat 37 pula bermaksud:

“Daging unta dan darahnya itu tidak akan sesekali dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”

Qurban kedua adalah qurban orang yang bernazar atau qurban wajib.

Seperti namanya, ianya wajib – bukanlah sunat muakkad. Apabila seseorang telah bernazar untuk melakukan ibadah qurban jika nazarnya tercapai, individu tersebut wajib melaksanakan qurban.

Haiwan Yang Boleh Diqurbankan – An’am

Secara ringkasnya haiwan yang boleh diqurbankan adalah an’am iaitu haiwan ternakan yang boleh dizakatkan.

Haiwan yang boleh dizakatkan tersebut adalah:
  • Kambing
  • Biri-biri
  • Lembu
  • Kerbau
  • Unta
Ciri-ciri Haiwan Qurban Yang Sempurna
  • Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  • Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  • Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  • Unta: melebihi lima tahun
Haiwan tersebut haruslah tidak :
  • Cacat telinganya walau terpotong sedikit
  • Terpotong lidah atau ekor
  • Kurus dan kurang daging
  • Berkudis
  • Buta
  • Tempang
  • Bunting
Cara Pembahagian Daging Qurban


Sekiranya daging qurban tersebut disembelih dengan niat sunat muakkad, adalah sunat bagi yang berniat untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan qurban tersebut.

Secara ringkasnya pembahagian tersebut adalah seperti berikut:
  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya;
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Namun ini cumalah pembahagian yang biasanya diikuti masyarakat di Malaysia. Ada juga yang menyedekahkan kesemua daging qurban dan mengambil sedikit sahaja bahagian untuk dirinya.

Cara paling afdhal adalah dengan menyedekahkan keseluruhan daripada daging qurban tersebut dan mengambil sedikit sahaja daripadanya sekadar mengambil berkat.

Baginda juga telah melakukan qurban dengan cara tersebut:

ูَู†َุญَุฑَ ุซَู„َุงุซًุง ูˆَุณِุชَّูŠู†َ ุจَุฏَู†َุฉً ุจِูŠَุฏِู‡ِ ุซُู…َّ ุฃَุนْุทَู‰ ุนَู„ِูŠًّุง ูَู†َุญَุฑَ ู…َุง ุบَุจَุฑَ ูˆَุฃَุดْุฑَูƒَู‡ُ ูِูŠ ู‡َุฏْูŠِู‡ِ ุซُู…َّ ุฃَู…َุฑَ ู…ِู†ْ ูƒُู„ِّ ุจَุฏَู†ุฉ ุจِุจَุถْุนَุฉٍ ูَุฌَุนَู„َุชْ ูِูŠ ู‚ِุฏุฑٍ ูَุทَุจَุฎَุชْ ูَุฃَูƒَู„َุง ู…ِู† ู„َุญْู…ِู‡َุง ูˆَุดُุฑْุจَุง ู…ِู† ู…َุฑْู‚ِู‡َุง

Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.

Hadis riwayat Muslim: (1218)

ูˆَุงู„ุฃَูْุถَู„ُ ูِูŠ ุงู„ุถَุญِูŠَّุฉِ ุงู„ู…َุณْู†ُูˆู†َุฉِ : ุฃَู† ูŠَุชَุตَุฏَّู‚َ ุจِุฃَูƒْุซَุฑِู‡َุง ูˆَูŠَุจْู‚َู‰ ู„َู‡ُ ู‚َู„ِูŠู„ًุง ู„ู„ุจَุฑَูƒَุฉِ

Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan qurban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya.

(Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)

Harus diingati pembahagian ini hanya untuk qurban sunat sahaja.

Berbeza pula sekiranya yang berqurban itu berniat nazar qurban. Selain daripada wajib dilaksanakan, pembahagiannya juga berbeza.

Individu yang telah bernazar qurban wajib menyedekahkan kesemua daging qurban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya.

Ini daripada hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah Ranha, Rasulullah bersabda:

ู…َู†ْ ู†َุฐَุฑَ ุฃَู†ْ ูŠُุทِูŠุนَ ุงู„ู„َّู‡َ ูَู„ْูŠُุทِุนْู‡ُ ، ูˆَู…َู†ْ ู†َุฐَุฑَ ุฃَู†ْ ูŠَุนْุตِูŠَู‡ُ ูَู„َุง ูŠَุนْุตِู‡ِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, maka hendaklah dia melakukan ketaatan tersebut. Manakala, barangsiapa yang bernazar untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT, maka janganlah dia melakukan kemaksiatan tersebut.

Hadis riwayat al-Bukhari: (6696)

Sekiranya seseorang itu telah memakan daging tersebut walaupun sebahagian, dia perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakan.

Tidak perlu lagi untuk dia untuk menyembelih haiwan yang lain sebagai ganti kepada bahagian yang telah dimakan tersebut. (Boleh dirujuk pada al-Mu’tamad fi Mazhab al-Syafie, 2:485)

Begitulah pembahagian daging qurban untuk dijadikan panduan kepada kita semua. Semoga mendapat sedikit info tambahan untuk ibadah qurban yang lebih bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...