MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? 🕌 #mardhatillah #sayangimasjidkita💖 #kitajagakita🤝#mohkomosojid 🚶🚲🛵🚗...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Ahad, 24 April 2022

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan



ALLAHU AKHBAR, terasa macam baru saja masuk ke dalam bulan Ramadhan. Rupanya kurang dari seminggu saja lagi tetamu mulia ini akan meninggalkan kita. Kita kini memasuki 10 hari akhir Ramadhan.

Mari sama-sama kita kerahkan segala kudrat untuk manfaatkan baki masa yang ada, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Mungkin ibadah kita selama 11 bulan yang lalu banyak cacat celanya, namun apa salahnya jika kita cuba lakukan yang terbaik pada bulan ini untuk merebut ganjaran yang sangat besar pada 10 malam terakhir, khususnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan. Subhanallah.

Ahad, 3 April 2022

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1443H / 2022M Di Negeri Sembilan

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

Bacaan Latin:
Yā ayyuhallażī naāmanụ kutiba 'alaikumuṣ-ṣiyāmu kamā kutiba 'alallażī naming qoblikum la'allakum tattaqụn.

Maksudnya: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
[Surah Al-Baqarah : Ayat 183]

Jumaat, 1 April 2022

Kaedah Melihat Anak Bulan Bagi Menentukan Awal Bulan Islam


Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.

Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin. Secara umumnya penentuan awal bulan hijri - terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...