
Saf pertama ketika mendirikan solat berjemaah di masjid mempunyai fadhilat yang amat luar biasa namun ramai dalam kalangan kita yang sengaja melepaskan ganjaran besar ini atas alasan mahu menjaga hati atau sekadar bersikap sopan kepada jemaah lain.
Namun, adakah tindakan ‘mengalah’ dalam mengejar ganjaran akhirat ini dipuji oleh agama atau adakah kita sebenarnya sedang melakukan satu kesilapan yang merugikan pelaburan pahala kita sendiri?













