MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? 🕌 #mardhatillah #sayangimasjidkita💖 #kitajagakita🤝#mohkomosojid 🚶🚲🛵🚗...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Ahad, 24 Julai 2022

Wajah Penghina Nabi Berpaling Dari Arah Kiblat Ketika Dikebumi

[Gambar hiasan]

HAKIKAT Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir diutuskan kepada manusia membawa rahmat serta hidayah menyebabkan kita wajib mensyukuri nikmat perutusan Baginda sebagai kurniaan agung.

Justeru, umat Islam pasti terkejut dengan tindakan segelintir manusia melemparkan kata-kata penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Khamis, 30 Jun 2022

Keistimewaan 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah


Insya' Allah umat Islam di Malaysia akan ‘menyapa’ bulan Zulhijjah 1443H pada 1hb Julai 2022. Jadi, sambutlah bulan istimewa ini dengan ibadah sunnah yang boleh menambah pahala.

Rabu, 22 Jun 2022

Kaedah Pembahagian Daging Qurban

Ibadah qurban ini dilakukan pada setiap tahun. Namun masih ada antara kita yang tertanya-tanya apakah cara pembahagian daging qurban yang sebenar dan tepat?

Adakah orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk mendapat bahagian daging qurban?

Dapatkan jawapan kepada persoalan anda di dalam artikel ini.

Ahad, 24 April 2022

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan



ALLAHU AKHBAR, terasa macam baru saja masuk ke dalam bulan Ramadhan. Rupanya kurang dari seminggu saja lagi tetamu mulia ini akan meninggalkan kita. Kita kini memasuki 10 hari akhir Ramadhan.

Mari sama-sama kita kerahkan segala kudrat untuk manfaatkan baki masa yang ada, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Mungkin ibadah kita selama 11 bulan yang lalu banyak cacat celanya, namun apa salahnya jika kita cuba lakukan yang terbaik pada bulan ini untuk merebut ganjaran yang sangat besar pada 10 malam terakhir, khususnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan. Subhanallah.

Ahad, 3 April 2022

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1443H / 2022M Di Negeri Sembilan

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

Bacaan Latin:
Yā ayyuhallażī naāmanụ kutiba 'alaikumuṣ-ṣiyāmu kamā kutiba 'alallażī naming qoblikum la'allakum tattaqụn.

Maksudnya: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
[Surah Al-Baqarah : Ayat 183]

Jumaat, 1 April 2022

Kaedah Melihat Anak Bulan Bagi Menentukan Awal Bulan Islam


Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.

Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin. Secara umumnya penentuan awal bulan hijri - terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.

Jumaat, 25 Mac 2022

Mujahadah: Menempah Jalan Kebaikan


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya.”
(Surah al-Naziat: 40-41)

TIDAK ada jalan mudah menjadi baik kerana tidak ada jalan pintas untuk menghuni syurga Allah SWT melainkan perlu berdepan dengan pengorbanan dan kesulitan. Justeru, antara ciri untuk menjadi manusia yang baik di sisi Allah perlulah berjuang melawan godaan tuntutan hawa nafsu.

Rabu, 23 Mac 2022

Usah Terpedaya Dengan Amal Mu


Begitu banyak amalan telah kita laksanakan, yakinkah kita Allah SWT menerima amal-amal tersebut?

Tanyakan pada hati kecil kita, adakah amalan yang dilakukan itu atas dasar ilmu? Adakah amalan yang dilakukan sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW? Tidaklah akan diterima suatu amalan apabila tidak berdasar kepada ilmu.
Nabi SAW bersabda :
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa mengerjakan suatu amal yang tidak ada dasarnya dalam urusan (agama) kami, maka amal itu tertolak.”
(HR. Muslim no. 1718)

Selasa, 22 Mac 2022

Beruntunglah 7 Golongan Ini


MUNGKIN kita pernah mendengar hadis tentang segolongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari kiamat. Namun, siapakah golongan yang dimaksudkan itu? Pasti kita tertanya-tanya apakah amalan yang menyebabkan mereka mendapat naungan Allah SWT itu. Mari kita merenung sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Khamis, 17 Mac 2022

Malam Nisfu Sya'ban


Apakah kelebihan malam Nisfu Sya'ban?

Apakah amalan-amalan yang digalakkan pada malam tersebut?

Artikel ini akan menjelaskan beberapa kelebihan, doa dan amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada malam tersebut.

Rabu, 16 Mac 2022

Kifarah Dan Kaffarah

Rasanya sudah pasti ramai yang pernah mengalami situasi ini. Setiap kali habis sesuatu majlis pasti Pengerusi Majlis akan menyebut seperti ini, “Kita sudahi majlis ini dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr”. 

Tahukah kita apa itu Tasbih Kaffarah? Berikut adalah pengertian antara kifarah dan kaffarah.

PENGERTIAN

Kifarah bererti balasan Allah SWT ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.

Kaffarah dari sudut Bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kaffarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT. Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Isnin, 14 Mac 2022

Cara Mengimarahkan Masjid


Berhubung dengan pengimarahan masjid, para ulama ada membincangkannya. Sebelum dibincangkan lanjut tentang hal ini, eloklah dilihat maksud mengimarahkan masjid.

Dalam kitab Fatwa al-Azhar disebutkan makna imarah masjid iaitu membinanya, membersihkannya, memberi perkhidmatan kepadanya selain daripada tujuan ibadat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 36:

فى بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه
Maksudnya :

“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya.”

Ahad, 13 Mac 2022

Kisah Burung Pipit dan Nabi Ibrahim

Mereka mencari Nabi Ibrahim dan menangkapnya. Raja Namrudz minta Nabi Ibrahim dibawa ke hadapan orang ramai supaya menjadi saksi atas perbuatannya. Raja Namrudz memerintahkan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.

Raja Namrudz memerintahkan seluruh rakyatnya mengumpul kayu-kayu. Setelah satu timbunan kayu api yang besar dilonggokkan, api pun dinyalakan. Nabi Ibrahim diikat dan diletakkan di atas pelontar lalu dicampakkan ke dalam api yang marak itu.

Saat Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Raja Namrudz dan kaumnya, ada seekor burung pipit yang menyaksikan peristiwa tersebut.

Isnin, 7 Mac 2022

Antara Pasrah Dan Redha


Pasrah dan redha, dua perkataan yang tidak asing kita dengar, terutamanya di dalam adegan sedih dalam kebanyakan drama-drama melayu. Tetapi bila disebutkan kedua-dua perkataan ini adakah kita benar-benar memahami maksudnya?

Kalau kita buka Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pasrah didefinisikan dengan menyerah, sebagai contoh menyerah diri atau jiwa terhadap sesuatu keadaan yang berlaku. Perkataan redha pula dimaksudkan dengan penerimaan seseorang terhadap sesuatu yang terjadi dengan ikhlas atau dengan rela hati terhadap apa yang telah ditakdirkan.

Bagi mendalami maksud pasrah dan redha ini, mari kita telusuri situasi berikut :

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...