Main kad daun terup bersama rakan-rakan untuk mengisi waktu lapang sering kali dianggap sebagai hiburan ringan namun sejauh manakah batasan syarak membenarkannya dalam kehidupan seorang Muslim?
Sebagai hamba Allah, hati kita pasti akan dijentik rasa ragu-ragu apabila sedar bahawa alat permainan yang kita gunakan itu sinonim dengan aktiviti maksiat di luar sana.
Justeru, adakah sekadar berniat suka-suka sudah cukup untuk menghalalkan segalanya atau ada garis panduan yang perlu kita patuhi demi menjaga kesucian iman kita?