MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? 🕌 #mardhatillah #sayangimasjidkita💖 #kitajagakita🤝#mohkomosojid 🚶🚲🛵🚗...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Ahad, 27 Februari 2022

Adakah Dikira Bersahur Sekiranya Makan Pada Awal Malam?


Ibadah puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam dan ia juga merupakan ibadah yang dilakukan oleh umat-umat yang terdahulu. Ini sepertimana Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Surah al-Baqarah, 183)

Jumaat, 25 Februari 2022

Adakah Qunut Nazilah Dituntut Dalam Situasi Covid-19?


Qunut nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak. Ia dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam.

Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan qunut nazilah di dalam solat ketika berlakunya pengkhianatan dan juga pembunuhan terhadap beberapa orang sahabat baginda. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA beliau berkata :

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏

Hukum Solat Berjemaah


صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفَذِّ بسبع وعشرين درجة

Maksudnya : “Solat berjemaah lebih utama daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganjaran.”
Riwayat al-Bukhari (645) dan Muslim (1477)

Solat jemaah dari segi syara’ bermaksud menyambungkan solat makmum dengan solat imam iaitu sekurang-kurangnya seorang makmum, maka ia dinamakan solat jemaah dan mendapat pahala berjemaah (Rujuk: Al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 289). Ia merupakan satu syi’ar yang perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat Islam.

Pensyariatan solat jemaah boleh dilihat berdasarkan ayat al-quran, firman Allah SWT :

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ ٱلصَّلَوٰةَ

Maksudnya : "Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka.”
(Surah Al-Nisa’ : 102)

Khamis, 24 Februari 2022

Ramadhan Bulan Amal Kebajikan


وَأَحۡسِن كَمَاۤ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَیۡك

"...Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)."
[Surah al-Qasas 77].

17 Ramadhan kita sudah melepasi separuh Ramadhan, hampir setiap hari tadabbur kalamullah membincangkan mengenai pelbagai kebaikan dan kebajikan yang boleh kita lakukan demi meraih jutaan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT khususnya di bulan Ramadhan ini dan juga demi melayakkan kita memasuki syurga kelak.

Isu Tambahan Waktu 8 Minit Bagi Permulaan Azan Subuh Dan Hukum Solat Subuh Sebelum Masuk Waktu

Mukadimah

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pada 20-21 November 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) Kali Ke-116 telah bersidang dan bersetuju memutuskan bahawa permulaan waktu solat subuh di Malaysia adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18° di bawah ufuk. Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada perlu ditambah sebanyak 8 minit. Keputusan ini dibuat berdasarkan penyelidikan komprehensif selama setahun yang telah dilaksanakan oleh JAKIM bersama kumpulan pakar daripada Universiti Malaya, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknologi MARA berkaitan Penentuan Hukum Nilai Altitud Matahari di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh di Malaysia.

Rabu, 23 Februari 2022

Panduan Solat Sunat Tarawih


Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Keutamaan Bulan Ramadhan


MAKNA RAMADHAN

Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan.
 
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut adalah :

1. Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekalian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.

Ramadhan 2021 dan COVID-19


Ramadhan tiba lagi!

Namun ketibaan kali ini dalam suasana sungguh berbeza. Wabak yang sedang melanda dunia tidak memungkinkan umat Islam menyambut Ramadhan sebagaimana kebiasaannya. Ramadhan tanpa iftar dan sahur, solat sunat Tarawih, beriktikaf dan bertadarus di masjid secara berjemaah pastinya dirasakan begitu janggal. Begitu juga masjid yang sentiasa diimarahkan pada bulan Ramadhan, kali ini menjadi sunyi dan sepi. Semuanya ini menimbulkan kesedihan yang tidak terucap.

Namun kelainan atau perbezaan dalam menyambut kedatangan Ramadhan perlu diterima dengan hati terbuka. Agama mengajar kita untuk memelihara kemaslahatan lebih utama, iaitu nyawa yang merupakan perkara daruri. Nyawa wajib dipelihara sebagai salah satu prinsip yang dipelihara oleh syariah (maqasid al-syariah). Dengan terpeliharanya nyawa atau diri, agama yang merupakan satu lagi prinsip yang dipelihara syariah akan turut terbela.

Kelebihan Solat Tarawih


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberikan kesempatan sekali lagi untuk menyambut Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan tahun ini.

Maka umat Islam seluruh dunia mulalah menunaikan solat sunat Tarawih dan menghidupkan rumah-rumah Allah dalam usaha mendapatkan gandaan pahala yang diberikan kepada mereka yang beriman.

Seperti kebiasaan suasana di rumah Allah hanya akan dilihat meriah pada 10 malam pertama Ramadhan dan semakin berkurangan pada 10 malam terakhir.

Tidak dinafikan, istiqomah dalam setiap amalan kita sukar untuk dilakukan memandangkan iman setiap umat Islam ada turun naiknya.

Panduan Solat Menghormati Waktu Dalam Pesawat

TAKRIF SOLAT MENGHORMATI WAKTU
 
~ Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @ kemampuan untuk bersuci atau berhalangan air. Memandangkan di dalam pesawat, masalah kemudahan air dan tempat adalah terhad. Tambahan pula persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan, maka Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat tanpa wuduk dan tanpa menghadap kiblat.

SOLAT DALAM KENDERAAN

~ Niatnya sebagai contoh: "Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala."

~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut masih ada.

~ Jika waktu solat itu sudah luput, wajiblah seseorang MENGQADA'KAN SOLAT tersebut.

Solat Bagi Orang Sakit


Ramai di antara kita yang tidak tahu cara yang betul menunaikan solat ketika sakit sedangkan kita mampu menunaikannya. Berikut adalah panduan atau cara untuk menunaikan solat :

1. SOLAT SAMBIL DUDUK
• Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
• Menghadap kiblat.
• Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
• Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
• Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.
• Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

2. SOLAT BARING MENGIRING
• Mengiring di atas rusuk kanan.
• Muka dan dada mengadap kiblat.
• Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
• Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

Kelebihan Ramadhan


RAMADHAN yang kita tunggu-tunggu hampir tiba sebagaimana kita selalu berdoa; “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Persoalannya sudah berapa kali Ramadhan kita sudah melaluinya? Mungkin dah 10 tahun dan lebih tapi kita masih lagi malas untuk melakukan solat sebaliknya sekadar melakukannya pada hujung waktu sahaja. Begitu juga amalan membaca al-Quran sekadar dilakukan pada bulan Ramadhan namun selepas itu, kitab suci berkenaan dilupakan.

Sebenarnya bulan Ramadhan ialah bulan latihan untuk jadi Muslim yang patuh dan taat kepada Allah. Ini kerana pada bulan Ramadhan Allah tutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga, Allah rantai segala syaitan sebagai bantuan kepada kelancaran dan keberkesanan latihan kita. Allah menegaskan bahawa; “Setiap perbuatan anak cucu Adam adalah untuknya kecuali puasa. Kerana puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.”

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...