MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : AHAD 10 NOVEMBER 2024 07:05

Rabu, 23 Februari 2022

Solat Bagi Orang Sakit


Ramai di antara kita yang tidak tahu cara yang betul menunaikan solat ketika sakit sedangkan kita mampu menunaikannya. Berikut adalah panduan atau cara untuk menunaikan solat :

1. SOLAT SAMBIL DUDUK
• Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
• Menghadap kiblat.
• Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
• Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
• Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.
• Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

2. SOLAT BARING MENGIRING
• Mengiring di atas rusuk kanan.
• Muka dan dada mengadap kiblat.
• Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
• Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

3. SOLAT BARING MELENTANG
• Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
• Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
• Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas.
• Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
• Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akhbar sahaja.

4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA
• Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
• Kaki menghala ke arah kiblat.
• Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI
• Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...