~ Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @ kemampuan untuk bersuci atau berhalangan air. Memandangkan di dalam pesawat, masalah kemudahan air dan tempat adalah terhad. Tambahan pula persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan, maka Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat tanpa wuduk dan tanpa menghadap kiblat.
~ Niatnya sebagai contoh: "Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala."
~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut masih ada.
~ Jika waktu solat itu sudah luput, wajiblah seseorang MENGQADA'KAN SOLAT tersebut.
PERLU DIINGAT, BIAR BETAPA SUKAR DAN SULIT SEKALIPUN, SOLAT TETAP TIDAK BOLEH DITINGGALKAN. JIKA TIDAK BERUPAYA MENUNAIKAN SOLAT DI DALAM KEADAAN BIASA, HENDAKLAH DITUNAIKAN SECARA YANG TERMAMPU OLEH SESEORANG.
1. Duduk dengan menegakkan badan sambil memasang tali pinggang keledar di tempat duduk. Hendaklah dibuka kasut semasa solat kerana dibimbangi terkena najis. (Lihat gambar A)
2. Tidak perlu menukar posisi tempat duduk untuk menghadap kiblat kerana pesawat yang kita naiki itu sering mengubah arah, memadailah dengan berada di tempat duduk asal.
3. Niatkan solat yang hendak ditunaikan semasa Takbiratul Ihram.
4. Bacaan-bacaan dalam solat ini adalah sama seperti solat biasa.
5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat, iaitu dengan menundukkan kepala ke bawah sedikit serta badan dan kedua tangan diletakkan ke lutut. (Lihat gambar B)
6. Sujud pula perlu dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk tanpa menggunakan meja makan atau menggunakannya seperti dalam gambar C.
7. Duduk di antara 2 sujud, duduk tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan memberi salam, adalah duduk seperti biasa semasa berada di tempat duduk pesawat. (Lihat gambar D)
~ Risalah ini diterbitkan oleh Pusat Maktamar Islam MAS (PMIM) & MAS Hajj & Charter Services dan mendapat kelulusan daripada Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan