
Imam Mahdi merupakan sosok pemimpin adil yang amat dinantikan oleh seluruh umat Islam di hamparan bumi ini menjelang ketibaan hari kiamat.
Namun dalam fasa penuh fitnah akhir zaman ini, ada sahaja berita tentang kemunculan dari pelbagai pelosok dunia, termasuk tanah air kita sendiri yang mengaku secara melulu sebagai khalifah akhir zaman ini, Imam Mahdi.
Jika kita mempunyai kefahaman sebenar mengenai kriteria khalifah pilihan Allah ini, kita pastinya tidak akan sesekali mempercayai mana-mana individu yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.











