
Bagi pencinta makanan laut, ketam nipah mungkin antara hidangan yang paling menyelerakan tetapi pernahkah kita terfikir sama ada ia benar-benar halal dimakan menurut hukum Islam?
Persoalan ketam nipah menjadi lebih menarik apabila Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa hukum memakannya perlu dilihat berdasarkan habitat dan kemampuan haiwan tersebut untuk hidup di darat serta di dalam air.













