
Ramai antara kita pernah berada dalam situasi di mana rakan, jiran atau saudara-mara yang bukan beragama Islam sedang sakit atau menghadapi kesusahan, lalu timbul persoalan di hati sama ada dibenarkan mendoakan orang bukan Islam tersebut atau tidak.
Persoalan ini penting untuk difahami dengan jelas kerana ia melibatkan batasan syarak yang perlu dipatuhi oleh setiap muslim supaya doa yang dipanjatkan tidak bercanggah dengan aqidah yang telah ditetapkan.













