MARDHATILLAH | BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL | BINA SYURGA DI RUMAH, BINA RUMAH DI SYURGA | SEKIRANYA KITA AHLI KARIAH TIDAK IMARAHKAN MASJID KITA, SIAPA LAGI.. KAN? ๐Ÿ•Œ #mardhatillah #sayangimasjidkita๐Ÿ’– #kitajagakita๐Ÿค#mohkomosojid ๐Ÿšถ๐Ÿšฒ๐Ÿ›ต๐Ÿš—...
Bookmark Blog Masjid Warisan Kariah Geylang!
KEMASKINI BLOG : RABU 16 OKTOBER 2024 16:05

Sabtu, 5 Mac 2022

Tiga Masjid Tertua Di Malaysia

Tiga masjid tertua yang berusia lebih dari 400 tahun di Malaysia yang masih kukuh binaanya :


Berikut merupakan 3 masjid yang usianya melebihi 400 tahun tertua dan masih kukuh sehingga kini di Malaysia. Antaranya ialah Masjid Kampung Laut di Nilam Puri Kelantan, Masjid Raja di Lenggong, Perak dan ketiga ialah Masjid Kuala Dulang di Jelebu, Negeri Sembilan.

1) Masjid Kampung Laut – 1349  2022 (673 tahun)
2) Masjid Raja (Lenggong) – 1541  2022 (481 tahun)
3) Masjid Kuala Dulang – 1618  2022 (404 tahun)

Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, Kelantan merupakan masjid tertua di Malaysia, dianggarkan usianya melebihi 673 tahun mengikut perkiraan, kerana ia telah wujud pada tahun 1349 Masehi. 

Diikuti masjid kedua tertua di Malaysia yang masih kukuh binaannya sehingga kini iaitu Masjid Raja yang lokasinya terletak di Kampung Chepor, Lenggong, Perak. Usia masjid itu dianggarkan 481 tahun dan dibuka pada tahun 1541 Masehi.

Ketiga ialah Masjid Kuala Dulang yang terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Usianya dianggarkan berusia 404 tahun dan dibuka pada tahun 1618 Masehi. 

Fakta ringkas sejarah Masjid Kampung Laut di Kelantan (1349). 
Terdapat dua sumber yang kita boleh peroleh di sini : 

Sumber yang Pertama : 
Menurut Dr. Abdul Rahman Al-Ahmadi, beliau dikatakan mengumpul sejarah lisan penduduk bersama kajiannya dan menyimpulkan bahawa masjid tersebut dibina 500 tahun dahulu oleh pendakwah-pendakwah dari Champa. 

Mereka dikatakan berasal dari Pulau Jawa yang membawa bersama pelan prototaip binaan masjid dengan tujuan membina tiga pusat Islam di negeri Kelantan. 

Abd Rahman Al-Ahmadi mendakwa bahawa komponen binaan masjid itu telah dibawa bersama dalam misi pelayaran mereka untuk membina di tapak yang ditentukan. Dua daripadanya di Timur Pulau Jawa yang salah satunya dikenali dengan Masjid Agung Demak. Manakala Masjid Kampung Laut merupakan masjid pertama yang didirikan oleh mereka sebelum mereka mendarat di Pulau Jawa. Dengan ini menjadikan masjid Kampung Laut merupakan masjid terawal yang telah dibangunkan berbanding Masjid Agung Demak dan sebagai masjid terawal di rantaunya. 

Sumber yang Kedua : 
Menurut cerita penduduk Masjid ini juga dikatakan telah ada semenjak era zaman Sayyid Hussein Jamadil Kubra iaitu anak sulung kepada Amir al-Mu’azhzham Syah Maulana Ahmad Sayyid (Ahmad Shah Jalal), seorang pendakwah dari Deccan, India datang ke negeri Kelantan untuk menyebarkan Islam di situ pada tahun 1349 (Abad Ke-14). Pada ketika itu jugalah telah terbina sebuah masjid lama yang diberi nama masjid Kampung Laut pada tahun yang sama 1349 Masehi (673 tahun sehingga kini 2022). 

Fakta ringkas sejarah Masjid Raja di Perak (1541). 
Masjid ini dibina pada tahun 1539 lalu beroperasi pada tahun 1541. Usia yang hampir masjid raja mula dibina pada tahun 1539 di era pemerintahan Sultan Muzzafar Shah (Sultan pertama negeri Perak), pada ketika itu juga Sultan Perak Pertama ini telah perintahkan seluruh kawasan di negeri Perak membina sebuah Masjid di setiap kawasan. Struktur asalnya adalah dari berupa kayu beratapkan rumbia lalu ditukarkan pada tahun 2008 kepada atap zink sehingga kini. 

Masjid ini sebenarnya telah dibina oleh Bendahara Tun Perak, lebih menarik lagi masjid ini adalah senibina dari gabungan senibina Melayu Sumatera, Langkap, Minangkabau, Deli dan Riau. Ini kerana terdapat pelbagai penduduk dari Sumatera telah banyak berhijrah datang ke bumi Perak bagi mengikuti Sultan Perak Pertama pada ketika itu.

Itulah serba sedikit sejarah masjid lama berusia 481 tahun yang unik ini di Kampung Chepor, Lenggong perak. 

Fakta ringkas sejarah Masjid Kuala Dulang di Negeri Sembilan (1618). 
Masjid ini dikatakan telah dibina pada tahun 1618 dan diasaskan oleh Datuk Nika dan Mudim Khatib Raja, seorang pendakwah dari Minangkabau yang menyebarkan agama Islam di Jelebu pada abad ke-16. Kedua-duanya telah pergi meneroka ke kawasan berkenaan, kemudian dinamakan sebagai Kampung Peninjau. Masjid ini sebenar pada asal sebuah bangsal beratap ijuk (Dari atap nipah) yang menjadi tempat bagi pendakwah berkenaan berteduh.

Bangsal ini kemudiannya dibangunkan menjadi rumah ibadat umat Islam dan dikenali sebagai Masjid Kuala Dulang. Lebih unik lagi, masjid ini pada awalnya dibangunkan tanpa menggunakan paku, sebaliknya hanya dipasak seperti masjid-masjid tradisional lama yang lain. Itulah serba sedikit fakta mengenai Masjid Kuala Dulang yang berusia 404 tahun yang tersegam indah hingga kini 2022.

Posting Asal oleh SyafxWawa di group BANGSA NUSANTARA JAYA (Sejarah, Peristiwa, Kegemilangan, Senibina & Budaya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PESAN ABAH

Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid dan apa sahaja gelaran untuk seorang lelaki yang berhempas-pulas membanting tulang empat kerat untuk si anak, ...