2. Masjid Putra
Masjid yang terletak di Putrajaya, Malaysia ini dibina dengan granit berwarna ungu dengan menggabungkan elemen reka bentuk Melayu Timur Tengah dan tradisional bagi reka bentuknya. Keindahan masjid ini dapat dilihat menerusi kubahnya yang mempunyai ciri-ciri ilustrasi yang mengagumkan terutamanya di tingkap kaca yang berwarna warni.
3. Masjid Hagia Sophia
Menurut terjemahan Greek, Hagia Sophia ialah ‘Kebijaksanaan Ilahi’ dan sememangnya ternyata masjid ini mempunyai keindahannya yang tersendiri. Bahagian dalam masjid ini dihiasi dengan mozaik emas di siling dan tiang marmer. Terdapat 40 tingkap di bawah kubah yang membuatkan cahaya matahari menembusi lalu membuatkan pemandangan yang sungguh menyenangkan.
4. Masjid Besar Sultan Qaboos
Bangunan ini turut menjadi salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Oman. Berlatar belakangkan seni bina Islam moden, masjid ini mempunyai dinding yang ditutup dengan marmar kelabu dan cahaya kelabu. Ianya juga mengandungi 600000 kristal halus dan lebih dari seribu mentol halogen dan 24 karat emas pada bit logam.
5. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Terletak di Putrajaya Malaysia, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Besi. Perkara ini kerana lebih 70% bangunan masjid dibina sepenuhnya dengan keluli tahan karat yang diimport dari Jerman dan China.
6. Masjid Sutan Ahmed
Masjid yang terletak di Istanbul, Turki ini juga dikenali sebagai ‘The Blue Mosque” adalah sebuah bangunan seni bina dan masjid paling indah di Asia. Bangunan ini dipenuhi dengan 20,000 kepingan jubin biru yang menghasilkan pemandangan yang memukau.
7. Masjidil Haram
Turut dikenali sebagai Masjid Besar Mekah, masjid yang terletak di Arab Saudi mempunyai lebih dari 100 pintu dan beberapa menara besar. Umat Islam yang mengunjungi masjid ini akan menghadap ke Kaabah dan ianya akan dipenuhi oleh umat Islam seluruh dunia bagi tujuan ibadah Haji.
8. Masjid Nasir al-Mulk
Masjid yang terletak di Shiraz, Iran ini juga dikenali sebagai Masjid Pink. Keindahan masjid ini lebih terarah di bahagian dalamnya yang mempunyai jubin berwarna biru yang unik, beserta tulisan-tulisan Koranic yang mengagumkan. Keindahan masjid ini juga dapat dilihat menerusi kaca berwarna yang akan menghasilkan corak indah apabila cahaya melaluinya.
9. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid yang terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei juga dianggap sebagai masjid yang terindah di seluruh dunia. Bahagian dalam yang cantik dan mewah dengan lantai yang dibuat dari marmar Itali terbaik.
10. Masjid Selat Melaka
Masjid ini terdapat di bandar Melaka, Malaysia dan mempunyai reka bentuk yang sungguh indah. Pintu masjid ini dipenuhi dengan pelbagai corak halus manakala menara masjid ini mempunyai arsitektur mercusuar. Masjid ini turut mengalu-alukan pelancong yang beragama selain Islam, namun perlu mematuhi etika pemakaian iaitu pakaian yang tindak menjolok mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan